Selasa, 4 Jun 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Cendol Bakar <b>Kuala Selangor</b> Kini <b>Di</b> Dengkil - cikgu naman

Posted: 20 May 2013 07:44 PM PDT


Pada Ahad lepas, balik je dari Seminar Buat Duit Dengan Blog, kami sekeluarga menghala ke Dengkil kerana ada urusan. Alang² dah sampai Dengkil, terasa terpanggil-panggil pulak oleh Cendol Bakar Kuala Selangor yang kini ada di Dengkil. Di Pekan Dengkil sudah ada banner Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil.



Lokasi Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil


Koordinat gps 2.859927 101.692717.

Sampai di situ, ramainya tengah beratur untuk mendapatkan semangkuk atau bermangkuk-mangkuk Cendol Bakar Kuala Selangor yang popular itu.
Yang menariknya, siap ada pandu lalu lagi..hehe. Tapi janganlah menyamakannya dengan McD atau KFC, sebaliknya akan ada seorang pekerja yang akan mengambil order dan menghantar cendol yang siap kepada pembelinya.


Agak janggal dengan cara 'layan diri'. Biasanya kalau layan diri, semuanya kita ambil sendiri pergi bayar je. Kali ni layan diri ni order dan ambil..hehe.


Akhirnya dapat juga cendol bakar yang sedap ini. Saya order 2 jenis cendol dan sepinggan tauhu untuk 2 orang.






Rasanya memang sedap. Ada rasa pahit² seakan-akan kopi mungkin kesan daripada air gulanya yang dibakar. Dengan harga yang murah, ianya sangat berbaloi-baloi untuk buat U-Turn sejauh 3km untuk balik ke Putrajaya.

Cadangan
1. Kebersihan perlu ditingkatkan lagi setaraf dengan kepopularan yang ada.
2. Buat sistem nombor. Ambil order, diberikan nombor. Jadi pelanggan² tak perlulah berpanas beratur panjang. Sistem ini ada dipraktikkan di Gerai Roti Canai di Presint 9 Putrajaya.

#Berita: Banjir <b>di Kuala Selangor</b> : 110 Penduduk Dipindahkan <b>...</b>

Posted: 08 May 2013 10:10 PM PDT

Iklankan Perniagaan anda disini. Klik >> LINK INI

Bahan ini telah dikongsi oleh pembaca kami pada pukul 1:10 pm .

KUALA SELANGOR 9 Mei – Seramai 110 penduduk dari 32 keluarga di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki sehingga air sedalam 1.5 meter berikutan air Sungai Rantau Panjang di sini melimpah, sejak semalam.

Pengerusi JKKKP Rantau Panjang, Rahim Mohd Yatim berkata sungguhpun paras air sungai itu menurun dari paras bahaya 8.92 meter semalam kepada tujuh meter hari ini, namun jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat daripada 97 orang kepada 110 orang.

"Kesemua mangsa ditempatkan pusat penemopatan banjir di Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kampung itu di mana mangsa terdiri daripada 40 lelaki dewasa, 33 wanita dewasa dan 37 kanak-kanak.

"Banjir kali ini yang terburuk ekoran paras air sungai naik mendadak dan melimpah ke kawasan penempatan penduduk menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan barangan rumah termasuk peralatan elektrik dan pakaian sekolah," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau menjelaskan, bantuan makanan dan peralatan telah disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa agensi kerajaan lain seperti Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan polis.

Katanya, terdapat beberapa Badan Bukan Kerajaan dan Korporat yang turut menyumbang wang dan barang keperluan kepada kesemua mangsa banjir.

"Selain itu, badan korporat dan pemimpin setempat turut meninjau keadaan mangsa banjir. Saya berharap banjir ini cepat surut bagi membolehkan penduduk pulang dan melihat sendiri keadaan rumah mereka," ujarnya.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim turut berkesempatan melawat mangsa banjir itu, semalam.

Sementara itu, Penghulu Mukim Bestari Jaya, Hanis Zahari berkata, banjir turut melanda Kampung Bestari Jaya dan Jaya Setia di sini, namun keadaan di dua kampung itu tidak seburuk Kampung Rantau Panjang.

Beliau berkata keadaan air sungai yang melimpah itu telah menjejaskan lebih 10 rumah penduduk di situ berikutan hujan lebat lebih lapan jam.

"Saya menasihatkan penduduk supaya sentiasa mengawasi anak mereka dan tidak menggalakkan mereka bermain air banjir kerana berisiko untuk hanyut selain arus air yang masih deras," katanya. Foto : Media Gegar
 

Iklankan Perniagaan anda disini. Klik >> LINK INI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads