Sabtu, 8 Jun 2013

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Perbandaran <b>Sepang</b> (MPS) [16 Mei <b>...</b>

Posted: 14 May 2013 06:41 PM PDT

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak  kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat  Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
Klasifikasi : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
Jadual Gaji : Minimum RM 952.66 Maksimum RM 3,299.86
Elaun : Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00
(a) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1 : RM RM 1,417.59); danLulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii . Perhatian Kepada Pemohon:
a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat www.mpsepang.gov.my.
b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan sah kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang diakui sah berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.
c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A' 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.
d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads