Sabtu, 27 Julai 2013

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


mangsa ditetak hanya akibat kes kemalangan jalanraya <b>di klang</b>

Posted: 13 Jul 2013 01:01 PM PDT

Kejadian pergaduhan di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang kini  menjadi topik hangat dibicarakan di laman sosial.  
Pergaduhan dilaporkan tercetus akibat kes kemalangan membabitkan dua kenderaan berlaku di Jalan Sungai Keramat 3, Taman Klang Utama.  

11 Julai, dilaporkan, mangsa, Mohd Syukri Sairun, 24 tahun, kakitangan Majlis Perbandaran Klang, bersama adiknya dalam perjalanan ke masjid menaiki motosikal  terlanggar oleh suspek menaiki kereta Proton Iswara berwarna biru bersama 3 rakan lain.;
Berikutan itu, tercetus  pertengkaran,  suspek  kemudian dikatakan  menetak mangsa di kedua  tangan dan kepala.  Kini Syukri dirawat di Hospital Tunku Ampuan Rahmah.
Saya bersimpati dengan kejadian menimpa Syukri.
Bahan  berita  itu  dipaparkan di laman facebook Perkasa Selangor Malaysia, klik di sini.
Rentetan daripada kejadian itu,  berlaku lagi kes pergaduhan lain di Klang.  Beberapa lelaki India  dilaporkan  tercedera dan  dirawat di hospital. Laporan polis telah dibuat. Terkini, pihak polis  berjaya mengawal keadaan agar kes pergaduhan  itu  tidak terus  menular.
Teliti  antara komen dilontarkan  di facebook berhubung kejadian itu.
Apapun berlaku, JANGAN  sesekali menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial kerana dikhuatiri mengakibatkan kejadian lebih buruk.
Saya percaya 100% pihak polis berupaya menangani kes jenayah seperti ini tanpa sebarang masalah. Ketua Polis Klang Utara, ACP Mohamad Syukor Sulong berkata, kes terbabit tiada kaitan dengan isu perkauman.

Klik di sini untuk membaca laporan Sinar Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads