Sabtu, 6 Julai 2013

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Jerebu: Sekolah <b>di</b> daerah <b>Klang</b>, Petaling Perdana, Manjung <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 05:04 AM PDT

KUALA LUMPUR – Semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup esok (26 Jun) ekoran fenomena jerebu, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

Ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit pada 5 petang hari ini melebihi 250, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pengarah pelajaran negeri berkenaan diminta untuk memaklumkan penutupan sekolah di kawasan berkenaan.

"Penutupan sekolah yang terlibat hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa.

"Pihak Pengarah Pendidikan juga perlu memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan tentang bilangan sekolah dan murid yang terlibat ekoran penutupan tersebut," katanya.

Abd Ghafar berkata, demi menjamin dan menjaga kesihatan murid, Kementerian Pendidikan bersetuju agar sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kementerian.

Namun sekiranya bacaan IPU melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada kementerian, katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads