ads

Rabu, 31 Julai 2013

12 di port klang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


Jom Makan Seafood <b>di</b> Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, <b>Port</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2013 07:36 PM PDT

Semalam, kami sekeluarga pi ke Port Klang untuk menikmati makanan laut di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan.
Nak tahu lebih lanjut boleh le call 03-3176 6929 or 3176 6001. Waktu ditutup adalah sehingga pukul 3 pagi hari minggu dan dibuka pukul 5.30pm.
Ni alamat lengkap ya, di Jalan Sultan Hishamuddin, Kawasan 20, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor. 
Memang besar betul tempat ni, entah berapa ratus boleh muat, rasanya paling kurang 300 ratus.
Pilihlah tempat duduk yang sesuai ya.
Ni senarai harga makanan. Harga untuk yang dimasak dan dibakar adalah berbeza.
Pilihlah makanan laut yang nak ya.
Udang, sotong, ketam dan macam-macam lagi.
Kalau pepahat dan lala, ianya dijual dalam betuk pek. Bagi lala, ianya RM25 sekilo bagi yang dah siap dimasak.
Penggemar ikan jangan risau, mesti ada, sebut tu tempat ni menggunakan nama ikan bakar.
Lepas pilih then timbang, kita diberi benda alah ni, then bawa ke tempat duduk kita then panggil le pekerja untuk order benda lain.
Danish dan Afiqah asyik tengok apa yang nak dipesan.
Sate, buah, tauhu bakar, aiskrim ada kat sini.
Ni le ikan jenanah masak sweet sour yang kami pesan. Saiz kecil ni RM18, sesuai le untuk saya ngan wife makan. Secara keseluruhan ikan ni, just OK, tak nak bagi pandangan banyak dan ratingnya 7.0 out of 10.
Sotong ni, murah aja, RM7.50. Ianya sedikit liat dan tepungnya memang garing. Oleh itu, saya bagi 6.7 out of 10.
Lala @RM25 ni dimasak merah dan for me tak berapa segar sangat. Actually makanan laut ni tak sesegar kat Aroma Ikan Bakar. Yang ni saya bagi rating 6.3 out of 10.
Banana split untuk anak-anak boleh tahan juga. Harganya pun berpatutan @RM5.50.
Ingat ya kat sini tak disediakan tisu yang biasa kita dapat kat tempat lain, diaorang "bagi" tisu basah yang dikenakan caj sebanyak 30 sen satu paket ni. Dalam ni ada satu helai aja. So untuk 4 orang, RM1.20 dikenakan.
Bil keseluruhan adalah RM72.60. Bagi saya harganya berpatutan dan suasana kat sini memang cantik. Maklumlah tepi pantai. Tak sempat nak ambil gambar kapak besar. Anyway untuk pemandangan sunset, saya akan share dalam entri akan datang ya. (update: Cantik betul tengok sunset).
Kalau datang awal mudah gak nak parking tepi-tepi jalan ni. Tapi after maghrib, memang ramai betul.
Parking jangan tak parking ya.
Untuk solat, jangan risau, surau disediakan.

 Ni le sekeping gambar yang diambil di tepi laut. Itu le tisu basah yang saya maksudkan tadi, dipegang oleh Afiqah.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved