Dari kecik Irfan suka dengan kereta jadi penulis ambik peluang ni untuk bawa dia saksikan sendiri race di litar Sepang secara langsung. Selama ni asyik tengok kat TV aje.
Dalam perjalanan masuk, banyak kereta-kereta lagenda dipamirkan untuk tontonan para pengunjung. Antara yang menarik perhatian penulis adalah seperti dalam gambar-gambar dibawah ni.
Perlumbaan masih belum bermula semasa kami sampai ke tempat duduk. Ketika itu kereta-kereta lumba sudah siap sedia untuk berlumba cuma menunggu masa tepat jam 4:00PM sahaja. Suasana agak tenang dengan hanya kedengaran suara-suara orang berborak sahaja. Bila announcer beri isyarat "Start your engine !!", maka suasana bertukar menjadi bingit hingga bergegar gegendang telinga. Penulis beri isyarat kepada Irfan supaya tutup telinga sebab bunyi terlampau kuat.
Penulis ada buat koleksi kereta lumba GT Japan iaitu Calsonic Nissan Skyline dan Denso Sard Supra dan Irfan perasan ada model kereta ni di dalam almari perhiasan. Jadi bila tengok live kereta-kereta ni maka dia lebih teruja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan