Rabu, 7 Ogos 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Bekas Banduan Pula Mati Di Tembak <b>Di Cheras</b> Perdana

Posted: 03 Aug 2013 04:27 PM PDT

HULU LANGAT  - Seorang bekas banduan yang kini bekerja sebagai kelindan lori maut ditembak ketika berehat di ruang tamu rumah keluarga angkatnya di Jalan CP 3/24, Batu 9, Cheras Perdana dekat sini hari ini. B. Balamurali, 36, yang dikatakan sering terlibat dalam aktiviti samseng dan pergaduhan sedang tidur sebelum seorang lelaki tiba-tiba memasuki rumah itu dan melepaskan sekurang-kurangnya tiga das tembakan kira-kira pukul 1.30 petang. Sebelum kejadian mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia empat tahun baru pulang dari bersembahyang di sebuah kuil yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah itu. Salah seorang sepupu mangsa, B. Nathiya, 25, memberitahu, hanya ibu angkat mangsa yang berada di dalam rumah tetapi dia berada di dalam bilik kerana tidur selepas penat beribadat. "Kejadian ini begitu mengejutkan kerana kami baru sahaja bertemu dengan Balamurali kira-kira setengah jam lalu, sebelum diberitahu dia telah mati ditembak dalam rumah. "Ketika itu ibu saudara saya iaitu ibu angkat Balamurali sedang tidur dalam bilik dan dia hanya tersedar selepas terdengar bunyi tembakan. "Selepas itu dia melihat mangsa berlumuran darah di ruang tamu tetapi tidak melihat suspek," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads