Isnin, 23 September 2013

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Ngeri!!! – Lelaki Putus Tangan Ditetak <b>Di Ampang</b> - berita harian net

Posted: 20 Sep 2013 10:02 PM PDT

putus tanganSeorang lelaki India berusia 23 tahun putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak ketika diserang dua lelaki tidak dikenalinya.

Mangsa dikatakan telah pulang ke rumah di sebuah pangsapuri di Lembah Permai, Lembah Jaya di Ampang awal pagi semalam.

Menurut berita di laman blog Azmy Awang Kelana Jaya (AAKJ), sebaik tiba, mangsa terus masuk ke bilik tidur pertama manakala isteri serta seorang anaknya tidur di bilik berasingan.

Pada kira-kira pukul 3.15 pagi isteri mangsa terdengar bunyi bising sebelum kemudiannya mendapati suaminya telah berlumuran darah di dalam rumah sambil menjerit kesakitan.

Mangsa dikenali sebagai Pragash dan berniaga di sebuah restoran di Plaza City One berdekatan Masjid India di ibu negara.

Maklumat lanjut mengenai motif serangan setakat ini masih belum diketahui.

Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah atau umpilan pada pintu serta grill rumah mangsa yang berada di tingkat 5 pangsapuri itu.

Sehingga kini tiada saksi yang tampil memeberi keterangan kerana kejadian berlaku di dalam rumah. Mangsa dan juga isteri beliau masih gagal ditemubual akibat trauma.

Pihak polis berharap orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

"Jom Buat Duit Dengan Jomniaga - RM2 PPL!!

"Mempunyai Masalah Zakar Cepat Pancut?

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads