ads

Selasa, 24 September 2013

di negeri selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


lawatan menyibuk noh omar sebagai pengerusi <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 22 Sep 2013 11:02 AM PDT


Malam tadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Noh Omar telah membuat kunjungan menyibuk di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya kononnya untuk melihat persekitaran pangsapuri yang dikatakan tidak terbela oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibawah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan YAB Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim.

Dituduhnya ada sebuah lif sudah tidak berfungsi untuk sekian lama dan ada pula satu blok yang penghuninya melebehi 3 ribu penduduk terpaksa menggunakan hanya satu lif saja.

Siap buat pengumuman beri peruntukkan sebanyak RM1.5juta untuk naik taraf lampu jalan dan RM300 ribu untuk baik pulih lif yang rosak.

Persoalan yang ingin Omak Kau lontarkan ialah .... JIka beginilah keadaan yang cukup daif ditanggung oleh begitu ramai penduduk pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya dengan menanggung kesusahan sekian lama semenjak dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat sudah pasti kesemua penduduk Pangsapuri Desa Mentari, PJ akan turun beramai-ramai untuk berikan sokongan padu tanda perihatinnya UMNO Selangor akan nasib mereka .. Tapi realitinya?...Khemah yang disediakan pun kosong tidak berisi dengan penduduk tempatan.

Bertambah peliknya ... Noh Omar sekadar Pengerusi Pergubungan UMNO Negeri Sealangor ... parti pembangkang di Selangor serta tidak memegang apa-apa jawatan pun dalam kerajaan pusat ... bagaimana dia boleh dabik dada beritahu dunia dia luluskan peruntukkan sebanyak RM1.5juta untuk naik taraf jalan lampu dan RM300,000 untuk baik pulih lif? ... Kuasa apa dia ada? .. Dari mana dana tersebut dikorek.. Dari dana Tabung UMNO Selangor?

Lagi pelik bin hairannya ...dalam PRU 13 lalu kesemua DUN dan Parlimen kawasan Petaling Jaya dimenangi oleh Pakatan Rakyat dengan penuh bergaya .. Undi dan majoriti bertambah berlipat kali ganda ...

Untuk makluman .. rakaman foto diatas adalah disedut dari laman sosial Facebook Noh Omar sendiri tanpa sedikit pun diedit... 110% tulin lagi asli.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved