Sabtu, 19 Oktober 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Suspek ugut bunuh KPN serah diri <b>di</b> IPD <b>Cheras</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2013 08:42 PM PDT

Posted on September 14, 2013, Saturday

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga jualan langsung menyerahdiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras semalam berhubung kes ugutan bunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek berusia 33 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

"Suspek itu datang seorang diri untuk serah diri, dan kami telah hantar suspek itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu tiada rekod lampau.

Peniaga itu didakwa mengeluarkan komen dalam laman sosial Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads