ads

Sabtu, 26 Oktober 2013

12 di pandamaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :- di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


P.Klang, <b>Pandamaran</b> Sasaran Tauke Judi Haram - MyNewsHub

Posted: 12 Sep 2013 05:39 PM PDT


PELABUHAN KLANG -  Kawasan Pelabuhan Klang dan Pandamaran di Klang, Selangor menjadi tumpuan pengusaha pusat snooker dan judi siber haram menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, situasi itu berlaku kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap pusat snooker dan judi siber di situ.

"Kawasan sekitar Pelabuhan Klang dan Pandamaran sememangnya menjadi tumpuan pemilik hiburan sama ada pusat snooker dan judi siber secara haram.

"Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi daripada pekerja warga asing dan penduduk tempatan," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Andry Arman memberi jaminan MPK akan memperhebatkan risikan dan tindakan bagi menangani kegiatan tidak bermoral tersebut.

Tegas beliau, pemilik pusat snooker dan judi siber haram akan dibanteras habis-habisan dalam usaha MPK membersihkan kegiatan yang boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat itu.

Terbaharu, katanya, MPK menyerbu sebuah pusat snooker yang beroperasi secara haram di sini dalam satu operasi baru-baru ini.

Menurutnya, pusat snooker itu turut dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian berasaskan pusat siber yang menawarkan ganjaran menarik buat pelanggan.

Beliau turut mendedahkan taktik premis tersebut menyediakan pintu rahsia kepada pelanggan bagi membolehkan mereka berjudi.

"MPK merampas sebanyak 68 set komputer dan 25 set bola snooker daripada premis ini.

"Tindakan diambil di bawah  Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 dan 2001) kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen," katanya.

P.Klang, Pandamaran Sasaran Tauke Judi Haramhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/Pelabuhan-Klang-Pandamaran-Sasaran-Tauke-Judi-Haram.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/Pelabuhan-Klang-Pandamaran-Sasaran-Tauke-Judi-Haram-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

PELABUHAN KLANG -  Kawasan Pelabuhan Klang dan Pandamaran di Klang, Selangor menjadi tumpuan pengusaha pusat snooker dan judi siber haram menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka. Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, situasi itu berlaku kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap pusat snooker dan judi siber...

PELABUHAN KLANG -  Kawasan Pelabuhan Klang dan Pandamaran di Klang, Selangor menjadi tumpuan pengusaha pusat snooker dan judi siber haram menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka. Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, situasi itu berlaku kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap pusat snooker dan judi siber di situ. "Kawasan sekitar Pelabuhan Klang dan Pandamaran sememangnya menjadi tumpuan pemilik hiburan sama ada pusat snooker dan judi siber secara haram. "Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi daripada pekerja warga asing dan penduduk tempatan," katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Justeru, Andry Arman memberi jaminan MPK akan memperhebatkan risikan dan tindakan bagi menangani kegiatan tidak bermoral tersebut. Tegas beliau, pemilik pusat snooker dan judi siber haram akan dibanteras habis-habisan dalam usaha MPK membersihkan kegiatan yang boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat itu. Terbaharu, katanya, MPK menyerbu sebuah pusat snooker yang beroperasi secara haram di sini dalam satu operasi baru-baru ini. Menurutnya, pusat snooker itu turut dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian berasaskan pusat siber yang menawarkan ganjaran menarik buat pelanggan. Beliau turut mendedahkan taktik premis tersebut menyediakan pintu rahsia kepada pelanggan bagi membolehkan mereka berjudi. "MPK merampas sebanyak 68 set komputer dan 25 set bola snooker daripada premis ini. "Tindakan diambil di bawah  Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 dan 2001) kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen," katanya.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved