Jumaat, 11 Oktober 2013

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Jom Mancing Bersama <b>Di Port Klang</b>: Anjing Oh Anjing..

Posted: 02 Sep 2013 02:13 AM PDT

Ini pula kisah 3 ekor anjing yang berada di kawasan khemah kami. Anjing ini bukan lah binatang peliharaan kami tetapi memang terdapat di kawasan tersebut. Apa yang menyedihkan kami, binatang ini telah di pukul dan di baling batu oleh penjaga resort sehingga tempang dan cedera. Namun setelah diberi sisa makanan dan dihalau berulang kali, ia tetap datang kembali. Kata penjaga resort, malaikat tidak akan turun ke kawasan tersebut jika ada anjing. Malah, mengikut katanya ia boleh dibunuh. Sehari selepas kejadian tersebut, terdapat pengunjung yang menyewa chalet membawa anjing ke dalam bilik. Saya pun bertanyakan kepadanya, adakah dibenarkan membawa anjing ke dalam bilik chalet dan bgaimana pula halnya dengan malaikat yang tidak turun nanti? Dia hanya menjawap, apa boleh buat, di pelanggan kami. Apabila kita kurang ilmu, maka tambahlah ilmu. Janganlah bercakap kosong dengan perasaan semata-mata. Jangan pula berlagak seolah pandai dalam segala hal. Keadaan seperti ini, kadangkala terkena pada diri sendiri. Umpama meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. Memang benar anjing adalah haram pada umat islam, tetapi janganlah sampai di aniaya atau dicederakan. Akhirnya 3 ekor anjing ini telah menjaga tapak perkemahan dan bot kami pada waktu malam. Semua peralatan terpaksa disimpan dan diletak pada tempat sesuai bagi mengelakan sentuhan dari anjing tersebut. Untuk langkah berjaga-jaga, kawasan khemah, kami pagar dengan jaring bagi mengelakkan ia masuk ke dalam kawasan khemah. Sebagai mengenang budi pengawal tidak bergaji ini, makanan akan diberikan setiap hari.

Jom Mancing Bersama <b>Di Port Klang</b>: Todak oh Todak..

Posted: 02 Sep 2013 01:09 AM PDT

Ketika kami bertugas, kadangkala teringin juga untuk memancing. Bila sudah jemu dengan Sardin dan Magie, lauk ikan segar menjadi pilihan. Memancing di kawasan ini pada waktu malam tidak pernah kami lakukan. Namun percubaan kali pertama, membuahkan hasil. Ikan belanak sejengkal yang kami cangkuk pada mata besar tanpa batu pemberat, kami hanyutkan saja. Hasilnya, seekor Todak besar menjadi mangsa.
Walaupun tidak sebesar Marlin atau Layaran, daya tarikan dan lompatanya begitu mengasyikkan. Waktu sesuai untuk menjerat spesis ini ialah ketika air mati perlahan pada waktu malam. Lokasi ini di boya merah di kawasan tugasan kami. Cuma pastikan perambut kuat digunakan, berikutan  terdapat 2 ekor yang berjaya memutuskan perambut 80paun kami pada malam berikutnya. Ikan ini kami jadikan lauk selama 4 hari. Walaupun bukan Tenggiri atau Siakap, setelah dimasak memang sedap. Dagingnya berlapis-lapis sesuai dimasak berkuah. pada yang pertama kali merasainya, tulang bewarna hijau pasti menghairankan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads