ads

Khamis, 24 Oktober 2013

12 di port klang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


Jom Mancing Bersama <b>Di Port Klang</b>: Air Besar Takde Ikan??

Posted: 08 Oct 2013 11:42 PM PDT

Hari ini air besar selaju peluru dan sekeruh air teh, kami turun memancing. Jika ada yang mengatakan kami gila, kami memang gila memancing, betul lah tu. Kali ini, kami turun selewat jam 12 tengahari dan bercadang kembali ke pengkalan sebelum jam 12 malam. Hanya berdua, bot kecil menjadi kenderaan kami pada hari ini. Jimat minyak, lebih laju dan cepat sampai ke lokasi.

Matlamat kali ini ialah menduga lubuk dikala air besar yang biasanya sesuai ketika air mati. Mari kita lihat adakah ikan ini masih berada di lubuknya ketika air besar dan sesuaikah memancing ketika ini.

Baru perasan kenapa udang asyik keluar dari jala. Rupanya ada lubang besar, jadi Acid mengambil kesempatan untuk menjahit jala ketika bot bergerak ke lokasi dituju. Macam biasalah, jika turun mengejut begini, mencari umpan adalah aktiviti wajib buat kami.
Bawal pertama setibanya di lokasi ini. Hairan sungguh kerana biasanya ikan ini kami biasa dapat di kawasan sangkar. Kali ini di kawasan air cetek pula.
Bawal kedua juga di lokasi sama, cuma saiz bertambah besar sedikit.
Setelah berpusing-pusing seketika menyuluh lokasi berpotensi, bot dilabuh di satu lokasi cetek bersebelahan beting pasir :) Bukan apa, kami menunggu ikan yang lalu-lalang masuk ke muara melalui kawasan tersebut. Lagipun air dalam pasti akan menghanyutkan batu ladung kami yang sebesar manapun jika arus deras sudah melanda.
Saya juga berpeluang merasai tarikan ikan ini. Boleh tahan, walaupun seekor, nyaris joran terbang ke laut.
Daun Baru yang comel, minat udang kupas. Labih lagi bahagian kepala :) Patutlah semua tinggal ekor je.
Acid sibuk di depan, jadi gambar sendiri lah kan :)
Tak sampai 5 minit, sekor Bawal Emas yang biasanya dijual di pasaraya, meragut umpan Acid. Selang beberapa minit, sekor lagi berjaya dinaikkan. Rahsianya,.... Udang hidup kami potong jadi 2 bahagian :) Bukan main rancak ikan meragut umpan kami, sehinggakan keadaan kelam kabut di dalam bot. Sekor Gelama Terbang juga berjaya dinaikkan dengan joran baru terpakai yang baru di beli pada malam sebelumnya. Tidak cukup dengan itu, umpan Gelama hidup yang dicangkuk ekor juga menerima ragutan kasar di lokasi ini. Malangnya mata kail kecil yang digunakan langsung tidak berjaya menjerat sang ikan. Memantul, melentur, tali berderik keluar, malangnya rabut begitu saja.
Yang ini penghuni wajib di sini ;) Biasanya memang penghuni beting pasir yang cetek.
 Hal ini berlanjutan sehingga jam 4 petang dan ikan Pulutan mula memasuki kawasan ini. Saiz ikan Pulutan yang kami naikkan di sini anggaran 2 ekor sekilo. Ikan mula berkurangan apabila air mula perlahan dan Gelama pula menguasai kawasan. Ketika hari sudah gelap dan ikan sudah mula berkurangan, kami mengambil keputusan untuk pulang saja. Walaupun keletihan, matlamat hari ini berjaya dicapai. Kesimpulannya, terdapat beberapa kawasan yang boleh kita kunjungi walaupun ketika air besar. Tiada masalah buat kami yang gila memancing ni :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved