Selasa, 22 Oktober 2013

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


HOT ! Perbualan Sara - Pengetua SK <b>Puchong</b> Jaya - dinturtle <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2013 04:49 AM PDT


Saya terima video ini berupa satu perbualan talipon antara pemanggil yang menggunakan nama Saravanan dengan seorang yang dikenali ( melalui perbualan ) sebagai Gurubesar SK Puchong Jaya. Khabarnya sudah banyak disebarkan di FB.


KLiK untuk ke Youtube.

En Sara pertikaikan kenapa ibadat korban ( sembelih lembu ) dilakukan didalam kawasan sekolah. Katanya ia satu isu sensitif kerana sekolah dan kawasan itu juga punya kaum lain.

En Sara tuntut pekeliling dari Kementerian Pendidikan yang membenarkan  aktiviti penyembelihan ini diadakan di sekolah.

En Sara tanyakan apakah boleh kalau kaum cina menyembelih babi disekolah ketika Raya Cina ..... kenapa hanya dibenarkan untuk agama Islam ?

Apa pandangan anda ?

PS - Errr .. apa agaknya pandangan KP Progresif Yang Liberal ? 

Oya, video itu datang sekali dengan imej mamat di atas. Saya tidak tahu siapa dia, apakah dia En Sara ? Jadi anggaplah sebagai gambar hiasan saja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads