Khamis, 31 Oktober 2013

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Diary Zhariff: KENDURI RAZIF <b>DI SEKINCHAN</b>

Posted: 22 Oct 2013 10:31 PM PDT

Pada 29 hb September 2013, Zhariff pergi ke kenduri kahwin seorang Staff Abah Zhariff  di Tali Air 11, Sekinchan Selangor. Lebih kurang sejam juga perjalanan. Memang OK jalan haritu. Tak jem. Tak banyak kenderaan sangat. Sampai di sana sekitar jam 12tgh. Azis sekeluarga telah sampai terlebih dahulu. Dia tengah syoru masa tu. 
Pertama kali pergi kenduri, ada kerang masak tumis dgn kulit sekali dan pertama kali juga ada dihidangkan air tebu yang diperah mesin beb...  Masakan pun boleh tahan. Ada sup tulang beb tapi aku lambat makan sebab bagi mama zhariff makan dulu, so sup tulan dah habis ler pulak....
Lepas makan pencuci mulutnya bubur kacang. Zhariff bedal juga. Abanh pun bedal juga sampai abis 2 mangkok. Macamanapun ada Muruku yang jadi kuih favourate Zhariff. Dia bedal Maruku tu aje lah....
Zhariff suka air tebu. Satu gelas dia minum air tebu. 
Zhariff jalan merata - rata di tempat kenduri tu. Letih mengikut dia. Dia pergi dekat khemah orang main kompang dan Gong. Mungkin dia ingat Dikir Barat Karoot Komedia kot.... Punyalah dia minat....
Tunggu Razif pergi bersolek sampai dah lebih dari pukul 1 tengahari tak sampai - sampai lagi jadi kita orang decided untuk balik. Masa nak balik tu Razif sampai. Jadi berkesempatanlah kitaorang bergambar. Masa nak keluar di jalan masuk berselisih dengan Abang Hamzah (TengkuJuh). Dia dan isteri baru sampai. 
Selamat Penganti Baru buat Mohamad Razif bin Jemiran semoga berbahagia ke akhir hayat.

















Balik dari Rumah Razif, singgah beli Dodol kat Sungai Leman, Sekinchan. OK juga rasanya. Memang betullah dodol tu dodol yang baru di masak.

Petang tu ke Shah Alam rumah Umi & Daddy Zhariff sebab nak ambik Atuk. Atuk ada di sana. Bawa Zhariff main - main di taman permainan di Seksyen 7 tu.... Amboi bukan main seronok sampai nak ajak balik pun dia tak nak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads