Ahad, 6 Oktober 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


The Gladiators Tekad Gempur Habis-Habisan <b>Di Selayang</b> | Dunia <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2013 01:43 PM PDT

Marlon Alex Jame tekad bantu ATM benam cabaran LionsXII

Marlon Alex James tekad bantu ATM benam cabaran LionsXII

Kekalahan tipis kepada LionsXII pada Sabtu lalu tidak sedikit pun menggugat keyakinan B.Sathianthan terhadap anak buahnya untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Bagi Sathia, bersandarkan kepada persembahan pemainnya pada perlawanan pertama di Jalan Besar, dia yakin ATM akan bangkit bertemu LionsXII di Stadium Selayang pada Jumaat.

"Sebelum ini ATM bolos 3 gol di Jalan Besar pada perlawanan Liga Super. Minggu lalu kami hanya dibolosi 1 gol.

"Saya yakin pasukan saya dapat mencetak banyak gol di Selayang nanti dimana kami telah menjaringkan 15 gol pada kempen Piala Malaysia setakat ini" jelas Sathia.

Sathia juga masih segar dengan nostalgia dramatik ketika ATM menewaskan LionsXII di separuh akhir musim lalu yang menyaksikan The Gladiators bangkit pada saat-saat akhir untuk menempah tiket ke final.

Bekas pengendali kebangsaan itu juga gembira dengan kembalinya beberapa tonggak penting terutamanya pertahanan tinggi lampai, Amiridzwan Taj.

Pada perlawanan pertama suku akhir Sabtu lalu, Madhu Mohana menjaringkan gol tunggal perlawanan yang menyaksikan LiosnXII membawa bekalan 1 gol ke Selayang namun kejayaan tidak membenarkan gawang dibolosi mampu memberi kelebihan buat anak buah V.Sundramoorthy.

"Kami akan menyerang berhabis-habisan dan beri yang terbaik kerana perlawanan ini adalah sangat penting.

"Saya yakin ia akan mejadi perlawanan yang sangat menarik" ulas Sundra yang dikhabarkan bakal membimbing Negeri Sembilan pada musim hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads