ads

Selasa, 29 Oktober 2013

12 di semenyih - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


Cik Bulat: Pengalaman <b>di</b> Sungai Tekala, <b>Semenyih</b>

Posted: 20 Sep 2013 11:37 PM PDT

Terakhir kali aku mandi di sungai masa habis tingkatan lima, itu pun sebab ikut rombongan kawasan perumahan di Jeram, Kuala Selangor. Rasa teringin nak mandi sungai tu dah lama aku simpan sejak habis sekolah, masuk kolej dan semalam adalah saat yang indah. Hehe.
Orang lain berhibur selepas final exam, aku dengan classmate memang gemar berhibur sebelum final exam sebab habis je final exam, masing-masing dah sibuk nak balik bercuti ke rumah masing-masing. Heh, jadi semalam terlaksana sudah hajat nak bermandi-manda di sungai.
Pada mulanya kami nak pergi Sungai Gabai. Sungai Gabai ni masuk dalam lagi dari Sungai Tekala, kiranya memang akan jumpa Hutan Rekreasi Sungai Tekala dulu dari Sungai Gabai, tapi rezeki kami bukan di situ. Sungai Gabai ditutup kerana ada tanah runtuh. Nak tak nak, kami patah balik dan terus ke Sungai Tekala.
Nevermind. Still eksaited ! ^_^ 
Perjalanan menuju ke sungai yang lebih dalam adalah dengan menaiki tangga yang boleh mengeluarkan rembesan peluh yang tak terkata, penatnya ! Dah lama tak mendaki tempat tinggi-tinggi macam ni T______T
Tapi kepenatan tu hilang bila nampak air terjun yang menggoda, rasa nak terjun tiruk tapi mujur masih ingat jantina sebagai perempuan. Hahaha :p
Ya Allah, nikmatnya mandi sungai.. Subhanallah! T__________T
Lepak tempat cetek dulu demi menemani Iera yang sopan ni. wwkwkwkw.. 
Okay, acara rendam tubuh. Gaduh dalam air, rebut bergambar bermula.. :D
Mujur tempat yang kami pilih tak ada orang, kami sampai orang nak balik. Lagi-lagi golongan lelaki, al-maklumlah.. Pergi hari Jumaat, kaum lelaki pun nak kena sibuk menyiapkan diri untuk Solat Jumaat. Asal nampak lelaki lalu-lalang, otomatik semua duduk diam. Terendam elok. Zzzz..
Mandi sungai, badan aku asyik tak stabil je. Banyak kali juga pegang baju kawan untuk stabil. HAHAHAHA. Lama sangat tak mandi sungai sampai tak tahu macam mana nak duduk diam-diam dalam sungai. Dah la kepala asyik kena tenggelam, minum air sungai banyak kali. Ai iz kena bully. Blerfghh! Tobat taknak menakal lagi untuk akan datang. heeee :p
Marilah kita bergambar di pintu masuk sebelum meninggalkan kawasan perairan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar cuma sekali-sekala aku diuji dengan pelbagai cara. Tapi semuanya selesai dengan baik. Lepas ni kalau ada rezeki, nak pergi Sungai Gabai pula. Bawa pelampung agar tak tenggelam. HIKS.

Respeks Group: RG2011... Tanah dikehendaki segera <b>di Bangi</b> <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2013 06:33 PM PDT

Assalam dan salam sejahtera.
Saya mencari tanah di Bangi atau kajang atau semenyih dalam 150 ekar.  Mohon owner atau pemegang option berurusan dgn saya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved