Selasa, 8 Oktober 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Tauke Ikan: MESYUARAT EXCO <b>NEGERI SELANGOR DI</b> BANGKOK?

Posted: 18 Sep 2013 11:36 PM PDT

SHAH ALAM: Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan mesyuarat Exco negeri di Bangkok dibidas kerana dianggap membazirkan wang rakyat. 

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (PERKASA), Abu Bakar Yahya, berkata Abdul Khalid perlu memberi penjelasan mengenai maksud tersirat program 'retreat' yang bermula semalam dan hari ini.

"Penjelasan itu penting bagi menafikan dakwaan mereka pergi ke sana juga bertujuan menziarahi mendiang Chin Peng, yang mati, Isnin lalu.

"PERKASA Selangor berharap pemergian mereka ini tiada helah lain. Apapun, biar rakyat menilai sama ada benar-benar untuk rakyat negeri ini atau sebaliknya," katanya. 

Semalam penulis sebuah laman blog mendakwa 18 Exco Selangor termasuk pegawai kerajaan negeri berlepas ke Bangkok dari KLIA kira-kira jam 10 pagi semalam. 

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata tindakan itu langsung tiada keperluan. 

"Tujuan mesyuarat Exco untuk mendapatkan hasil dan tidak semestinya diadakan di luar negara. Apa keperluan untuk bermesyuarat di sana. 

"Abdul Khalid perlu jelaskan kerana sebelum ini beliau mendabik dada kononnya menguruskan belanjawan berhemat. 

"Lawatan seperti ini pasti membabitkan implikasi kewangan kerana pegawai kerajaan negeri juga turut dibawa. Di mana punca kewangan untuk lawatan itu kerana jika tidak, ia pasti dianggap membazirkan wang rakyat," katanya. 

Sementara itu, sumber di pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan, program retreat berkenaan sudah diatur lebih dua minggu lalu dan menafikan lawatan berkenaan mempunyai kaitan dengan kematian Chin Peng. 

"Ia sudah dirancang pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN). Selain Menteri Besar dan Exco, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, Penasihat Undang-undang negeri, Datin Paduka Zauyah T Loth Khan dan Pegawai Kewangan, Datuk Noordin Sulaiman turut menyertai program itu di sana. 

"Mesyuarat MMKN serta Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) juga diadakan di sana hari ini (semalam) dan esok (hari ini). Abdul Khalid dijangka pulang ke tanah air esok," katanya. - antarapos

jabatan perhutanan <b>negeri selangor</b> terlepas <b>...</b> - Bersama Mazidul

Posted: 03 Oct 2013 07:26 PM PDT

Kira-kira jam 10 pagi semalam, kakitangan Jabatan Perhutanan, penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ dan petugas Tenaga Nasional Berhad, TNB dilaporkan berkumpul berhampiran kolam memancing ikan beroperasi tanpa lesen di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor. 

"Kakitangan Jabatan Perhutanan, berseragam serba hijau berada di lokasi. Petugas TNB telah memotong sambungan bekalan elektrik secara haram buat kali kedua ke kolam memancing ikan itu pada 2 Oktober lalu. Terdengar berita, Jabatan Perhutanan tidak mempunyai bajet untuk menimbus kolam itu. Jadi TNB telah menawarkan perkhidmatan kontraktor mereka untuk melakukan kerja memberhentikan secara total kegiatan di situ," ujar sumber saya.

Saya kemudian menghubungi Pegawai Perhutanan Daerah Selangor Tengah, AG Shafie melalui panggilan telefon.

"Seramai 19 kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Selangor tengah berpejabat di Cheras berkunjung ke lokasi semalam," ujar anak kelahiran Papar, Sabah itu.
Semua struktur binaan di kolam memancing beroperasi TANPA LESEN akhirnya diroboh menggunakan jentolak milik kontraktor TNB. Berikut gambar dirakamkan oleh sumber saya pada jam 9 malam tadi.  Itu tapak  struktur kayu tempat kutipan wang dibuat sebelum ini.
"Tatkala gambar dirakamkan, sebilangan individu datang mengail secara percuma," ujar sumber lagi.
Tindakan lebih tegas oleh pihak berkuasa itu dilakukan rentetan pendedahan dan teguran di entri terdahulu, klik di sini. Kakitangan TNB kemudian memaklumkan saya melalui emel, berhubung tindakan awal dilaksanakan, klik di sini. Terima kasih kerana berkongsi maklumat bersama saya.

"Apakah status sebenar tanah di bawah kabel bervoltan tinggi itu?," soal saya kepda AG.

"Seorang individu memohon untuk menggunakan tanah dianggarkan seluas 1 ekar itu untuk tujuan membuka tapak semaian pada tahun 2006. Permohonan itu diluluskan oleh Jabatan. Namun sehingga tahun 2008, tiada sebarang aktiviti dijalankan kerana pemohon tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak TNB dan MBPJ. Memang saya lihat, talian kabel elektrik di atas kolam terlalu rendah, barangkali kurang 10 meter dari paras tahah," jelas beliau.

Tambah AG, 3 lelaki berada di lokasi semalam, bukan pemohon dilesenkan oleh Jabatan Perhutanan.

"Pemohon sebenar bertemu saya pada awal tahun ini dan bertanya mengapakah lesen tanah itu tidak boleh diperbaharui. Dia memaklumkan saya, tiada kegiatan dijalankan lagi. Lalu saya bertanya, siapakah pengusaha kolam memancing ikan di lokasi sama? Tatkala itu, kita menyedari terdapat masalah berlaku di situ. Melalui siasatan dijalankan oleh pihak Jabatan, terdapat beberapa individu telah menipu Jabatan Perhutanan dan menggunakan tanah itu tanpa pengetahuan pemegang lesen sebenar," kata pegawai mula berkhidmat di Jabatan Perhutanan Selangor Tengah pada Oktober 2010.

Menurut AG, kelulusan penggunaan tanah terbabit telah dibekukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Jadi, apakah tindakan Jabatan Perhutanan seterusnya?," tanya saya.

"Jabatan memberikan tempoh sehingga 14 Oktober untuk pengusaha (haram) memunggah keluar kayu dan memindahkan ikan diternak. Pagar dikekalkan agar tanah sama tidak diceroboh lagi. Selepas tarikh itu, Jabatan Perhutanan dengan kerjasama TNB akan menimbus kolam terbabit," terang beliau.

Kata beliau, ini kes terpencil pertama berlaku di daerah pemantauan Jabatan Perhutan Selangor Tengah.
Terima kasih kepada AG kerana sudi memberikan penjelasan berhubung fakta kes ini.

Apapun, ternyata sejak tahun 2006, jabatan terbabit langsung tidak melaksanakan pemantauan. Lalu tanah dipohon disalahgunakan. Jika tidak, pasti mereka mengetahui berhubung penyalahgunaan tanah itu.
Saiz kolam,  bukan sekecil kuman. Pada hemat saya, 50 ekor gajah tidak bermasalah untuk berkubang di situ.
Barangkali sudah tiba waktunya jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM menyiasat kes didakwa terlepas pandang buat sekian lama ini. ANDAI  wujud unsur rasuah, tindakan tegas perlu dilaksanakan oleh badan terbabit.
Lebih 8 tahun,  bukan jangka waktu pendek. Tindakan pengusaha membuka kolam memancing haram itu sekaligus mengundang bahaya mampu mengancam nyawa pemancing selama ini. Pengusaha hanya mementingkan wang sedangkan pelanggan barangkali tidak mengetahui risiko berada di lokasi itu.
Klik di sini untuk membaca laporan terawal saya pada 29 Mei 2013, berhubung kolam memancing ikan haram terbabit.

Sila baca di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads