Rabu, 27 November 2013

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Selangor Hancur ; Gerakan Sebar Kristian Aktif <b>Di Puchong</b> <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2013 08:00 PM PST



PUCHONG – Sekumpulan penduduk Islam mengadakan protes secara aman di hadapan sebuah dewan di Bandar Kinrara 2, pagi semalam, selepas mendakwa terdapat unsur-unsur penyebaran agama Kristian kepada orang Islam di situ itu, sejak tiga minggu lalu.

Wakil penduduk, Datuk Mohd Shahani Baba berkata, beliau terkejut dan sedih apabila mendengar ada unsur mengembangkan agama Kristian kepada penduduk Islam sudah mula menular.

Jelasnya, beliau tidak menentang sebarang aktiviti membabitkan masyarakat namun menolak jika ia membabitkan isu-isu agama dan sensitiviti orang Islam meskipun mendapat sokongan pihak-pihak tertentu.

"Memang negara ini mempunyai masyarakat majmuk, sambutan perayaan pelbagai kaum boleh diterima tetapi yang menjurus ke arah keagamaan patut dielakkan.

"Kami bukan buat provokasi, tetapi apa yang kami nampak ia cuba diselindungkan di sebalik nama sebuah pertubuhan," katanya sambil meminta penduduk Islam peka suasana sekeliling bagi mengelakkan penularan penyebaran agama lain masuk ke kawasan mereka.

Bagi mendapatkan penjelasan, beliau akan membuat surat kepada pihak-pihak berkaitan berhubung perkara itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 18, Michael Jalleh berkata, pihaknya mengikut prosedur dalam penganjuran aktiviti yang dimaksudkan.

Katanya, beliau tidak tahu mengapa timbul kekecohan berhubung penganjuran program yang dianjur khas untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Beliau yang juga Ahli Majlis MPSJ mendakwa program dibuat sebagai platform penduduk mengajukan sebarang masalah secara langsung kepadanya tanpa perlu kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana program dianjurkan atas nama JKP.

Katanya, program itu terbuka kepada semua penduduk tanpa mengira bangsa dan agama yang ditaja sendiri oleh penduduk dan mendapat sokongan wakil rakyat.

"Perbincangan sudah dibuat dengan wakil PBT dan mereka kata tiada masalah, cuma minta jangan letak nama 'pertubuhan' berkenaan sahaja," katanya.

Wakil penduduk, Lyndon pula berkata, program bertujuan memupuk hubungan baik sesama penduduk dan tiada risalah berunsur agama diedarkan kepada pengunjung.

Beliau menjelaskan, pihaknya menutup nama pertubuhan tertera dalam kain rentang atas nasihat MPSJ, bukan untuk menyembunyikan identiti pertubuhan tersebut.

"Saya sedar ada perasaan takut yang wujud dengan penganjuran program ini, ketakutan wujud kerana salah faham, harap program tidak disalah anggap," katanya.

Timbalan Pengerusi JKP MPSJ Zon 18, Aminuddin Mohd pula berkata, beliau berpendapat program karnival dianjurkan untuk komuniti setempat dan tiada unsur keagamaan.

Malah beliau berpandangan tidak timbul konteks agama dalam program muhibah itu.

Berkemungkinan katanya, sebaris ayat di kain rentang menimbulkan ketidaksenangan hati sesetengah orang dan menganggap ia menyentuh sensitiviti orang Islam.

"Saya datang ke program anjuran JKP bersama penduduk ini pun untuk memantau dan beri laporan kepada MPSJ jika ada salah laku, kita harap program ini tidak dipolitikkan.

"Tujuan asal tidak menyimpang dari segi apa-apa landasan agama, saya juga minta maaf kalau percakapan ini mengguris hati sesiapa," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads