Isnin, 18 November 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Muktamar <b>di</b> Kota Permai <b>Shah Alam</b> - Harakah Daily

Posted: 16 Nov 2013 06:31 AM PST

Kota permai Shah Alam yang indah
Akan menyambut ribuan pengunjungnya
Untuk menyertai Muktamar PAS ke-59
Dalam dakapan udara segar dan nyaman
Bersama burung-burung di Taman Tasik
Menyambut ramah dan bertanya 'Apa khabar' semuanya.

Muktamirin datang dari seluruh pelosok tanah air
Untuk menyertai pertemuan besar
Meneruskan perjuangan masa lalu
Para mujahid dengan keringat dan air mata
Untuk meneruskan perjuangan Islam
Di tengah gelora politik yang mencabar

Aku terkenang Muktamar masa lalu
Di Pusat Tarbiyah Taman Melewar
Sederhana dalam suasana kampung
Kokok ayam dan nyanyian burung-burung
Mengukir sejarah perjuangan politik Islam di tanah air
Di bawah pimpinan nama-nama besar

Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa,
Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Hasan Shukri dan ramai lagi
Juga para pejuang di belakang tabir
Di meja pentadbiran PAS
Zubir, Taufik, Noriah, Anuar, Almarhum Syed Muhamad
Ustaz Rahim Saidin dan ramai lagi

Kini Muktamar di Shah Alam kota kosmopolitan
Bagai permata mahkota raja
Seri dan kilaunya memancar
Namun roh dan semangat Taman Melewar
Di bawa bersama oleh muktamirin
Kerana demikian harum semerbak baunya

Di Muktamar ini harapan dibina
Justeru ia bukan sekedar himpunan besar biasa
Tetapi untuk mengatur langkah perjuangan
Meneruskan perjalanan jauh dan sukar
Di depan duri di belakang api
Kita tidak boleh undur lagi

Perjuangan PAS seperti musafir
Mendaki dan menuruni bukit
Di kiri kanan belantara dengan binatang buasnya
Juga seperti mengharung padang pasir yang tandus
Tidak setitikpun bertemu air
Melainkan membawa bekalan sendiri

Para pendukung PAS
Sangat memahami getirnya perjuangan ini
Justeru PAS sudah berumur lebih 60 tahun
Sudah sekian lama diajar dari sirah Rasul
Mengenai istiqamah, sabar dan tabah
Kerana ia kemanisan sebuah perjuangan

Kota Shah Alam dengan tasik dan unggasnya
Langir biru dan Masjid Negerinya
Akan menyaksikan perjuangan ini
Salam kepada para muktamirin
Dan salam kepada Rakyat Selangor
Hiduplah PAS dan hiduplah Pakatan Rakyat.

Abd Shukur Harun
Subang Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads