12 di sungai tenggi - Google Blog Search |
Sepatutnya PAS Bersyukur Bila UMNO-BN Belanja <b>Tinggi di Sungai</b> <b>...</b> Posted: 06 Nov 2013 09:58 PM PST PAS dah tak tahu nak bangga macam mana lagi walaupun mengekalkan kemenangan di Sungai Limau. Majoriti yang dipungut oleh PAS jauh lebih kecil berbanding sebelum ini. PAS yang cukup yakin dapat menang sekurang-kurangnya 2000 undi, akhirnya terpaksa terima hakikat kubu kuat PAS itu boleh bertukar jadi pengkalan baru UMNO-BN. Sungai Limau bersempadan dengan Tokai yang merupakan satu lagi kubu kuat PAS di Kedah. Tokai dan Sungai Limau sahaja sahaja hijaunya. Tokai dan Sungai Limau juga sama sahaja kebalnya. Dan kadar kemiskinan di Sungai Limau sama sahaja dengan kadar kemiskinan di Tokai. Tidak lebih dan tidak kurang. Disebabkan tidak boleh berbangga apa-apa dengan kemenangan di Sungai Limau, PAS cuba mengejek-ejek pemberian UMNO-BN kepada penduduk semasa PRK DUN Sungai Limau yang berakhir tiga hari sudah. PAS kata, pertambahan majoriti yang diperolehi oleh UMNO-BN, tidak sepadan dengan perbelanjaan RM16 juta yang dikeluarkan oleh UMNO-BN untuk penduduk Sungai Limau. Dan kemudian, PAS mendabik dada pula dengan perbelanjaan mereka yang sangat sedikit – kononnya – bagi mengekalkan kemenangan di situ. Di sini sahaja sudah cukup untuk menggambarkan betapa teruknya PAS melayan para penyokong mereka sendiri. Sekaligus membenarkan dakwaan bahawa selama ini, PAS amat berharap, lebih ramai golongan miskin wujud di Malaysia bagi memudahkan mereka hidup dan berkempen. Tanpa golongan miskin, PAS tidak boleh menarik golongan profesional dan golongan anti-establishment yang berlegar-legar di kalangan golongan muda. Seharusnya, apa yang dibelanjakan oleh UMNO-BN sepanjang PRK untuk rakyat, tidak perlu dipersoalkan. Dalam keadaan biasa, bantuan yang diberi, kebanyakannya seperti mencurahkan hampas kelapa untuk makanan angsa. PRK merupakan medan terbaik untuk mengorek keluar segala nanah dan pekung yang terselindung di sebalik retorik-retorik politik terutama sekali dengan prinsip, miskin di dunia tidak apa asalkan kaya di akhirat. Memang benar, sekali imbas, apa yang dilakukan oleh UMNO-BN kepada penduduk di Sungai Limau sebagai satu pembaziran. Namun kalau dilihat secara lebih mendalam, apa yang dilakukan oleh UMNO-BN merupakan perkara paling wajar. Sepanjang lima tahun, banyak masalah kemiskinan dan masalah kewangan yang membelenggu penduduk tempatan tidak diutarakan dan didedahkan. PRK merupakan medan terbaik untuk agensi-agensi terbabit mengenalpasti secara lebih terperinci tentang masyarakat yang perlu dibantu dan keperluan yang perlu dipersiapkan. Biarpun ia mungkin kelihatan seperti meraih undi, namun seharusnya kalau benar PAS bersungguh-sungguh mahu membela masyarakat yang diwakilinya, kerjasama yang lebih baik diberikan kepada agensi-agensi tersebut, bukannya dengan memperolok-olokkan bantuan dan peruntukan yang diumumkan. Tanpa PRK, banyak masalah tidak diketengahkan. Berdasarkan kepada pemerhatian di seluruh Sungai Limau, isu kemiskinan dan pengabaian warga tua dan orang sakit, begitu berleluasa. Biarpun PAS seringkali menampilkan diri sebagai parti kebajikan dengan slogannya, Islam Untuk Semua, tetapi slogan hanya tinggal slogan. Tiada sebarang perubahan besar yang dilakukan oleh PAS meskipun telah enam penggal menguasai Sungai Limau. Sepatutnya semasa kempen PRK DUN Sungai Limau, PAS boleh membawa sama Majlis Agama Islam Kedah dan Baitulmal serta Pusat Zakat yang kebanyakan pegawainya terdiri daripada penyokong dan ahli-ahli PAS. Biar mereka lihat sendiri pengabaian yang telah dilakukan walaupun mereka diberikan amanah untuk menjaga wang zakat. Biar mereka menilai sendiri kerosakan agama yang telah mereka lakukan sepanjang kempen berkenaan. Sepatutnya PAS turut sama berkongsi kerja untuk membangunkan ummah. Pembangunan ummah tidak hanya datang dalam bentuk cerita metafora agama, syurga, neraka, dosa dan pahala semata-mata, tetapi juga seperti yang seringkali dituturkan oleh PAS, AGAMA MELIPUTI SEGALA URUSAN DUNIAWI DAN UKHRAWI, maka kemiskinan dan kesusahan rakyat yang diwakili, turut dicari jalan penyelesaian terbaik berdasarkan apa yang ada di negara ini. Malangnya, PAS hanya mahu bercerita tentang kebanggaan mereka menang, bukannya mahu menyelesaikan amanah dan tanggungjawab! |
You are subscribed to email updates from di sungai tenggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan