Sabtu, 14 Disember 2013

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora <b>di Ijok</b> | PaPa MiFz

Posted: 27 Nov 2013 07:01 PM PST

As salam semuo…

Majlis pernikahan Nora dan Hafiz pada 23-11-2013 , majlis persandingan pula pada keesokan harinya iaitu pada 24-11-2013 bersamaan hari Ahad…

DSC02077 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– seawal 11 pagi sudah ada tetamu yang hadir…

DSC02080 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– makin lama makin ramai tetamu…

Warna tema majlis ialah warna biru dan merah jambu…adik beradik perempuan termasuk mak mertua dan anak-anak buah perempuan semuanya dapat baju sponsored sedondon warna biru tua , yang laki-laki self sponsored…

DSC02078 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– wife dan Mifz bergambar dengan pengantin sebelum ketibaan pengantin lelaki…

DSC02082 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– ketibaan pengantin lelaki menggayakan Rayban Wayfarer…

Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut sangat baik , terang benderang…pada mulanya terdapat kerisauan jika cuaca hujan , maklumlah hujung-hujung tahun nih kan musim hujan…

DSC02089 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– anak-anak buah perempuan sebagai pengiring…

DSC02094 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– raja sehari di atas pelamin…

PM kurang sihat pada hari kejadian , selsema agak teruk…asyik terbersin dan hingus asyik meleleh…lepas telan panadol pun tak kurang-kurang , PM ambil keputusan berehat dan tidur sebentar di dalam kereta…harap takdelah yang terfikir PM nak mengelat daripada membuat kerja pulak…hiks…

DSC02099 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– penuh bersemangat memalu kompang…

DSC02104 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– ayah mertua menepung tawar…

Selepas tidur sebentar barulah lega sedikit masalah selsema PM , barulah boleh membasuh pinggan mangkuk…tapi sekejap jer , kemudian hingus mula meleleh balik…tapi gagahkan jugaklah membasuh mana yang termampu , lagipun kerja membasuh tinggal tak banyak dah…

DSC02107 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– ibu mertua mencium anak perempuan bongsunya…

DSC02115 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– makan beradab…

Lebih kurang 2 minggu daripada sekarang , kami sekeluarga akan berkonvoi ke Wakaf Mempelam , Kuala Terengganu di mana berlangsungnya majlis di sebelah pihak pengantin lelaki pulak…

DSC02121 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– keluarga besar Wak Bo…

DSC02127 2 Gambar Sekitar Majlis Persandingan Nora di Ijok

– PM sekeluarga bergambar bersama pengantin…

PM tidak pernah memandu ke Kuala Terengganu lagi , ianya akan menjadi pemanduan paling jauh buat diri PM setakat nih…

Sambil menghantar pengantin , sambil-sambil tuh nanti kami akan berjalan ke tempat menarik di Kuala Terengganu…akan menginap di sebuah homestay yang telah ditempah oleh adik ipar , 3 hari 2 malam…

Ada blogger menetap di Kuala Terengganu…??? Jom jumpa di Pasar Payang , boleh belanja PM makan telur penyu…hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads