Sabtu, 21 Disember 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


AKU DAN KEHIDUPANKU: Aku dan Semalam <b>di Kuala Selangor</b>

Posted: 19 Dec 2013 02:11 AM PST


Selepas meninggalkan Teluk Intan,
aku ikut jalan2 kampung menuju ke Kuala Selangor.
Cuaca agak panas dan berjerebu.
Sambil memandu aku pandang kiri kanan.
Kalau ada port cantik aku berhenti.
Kalau ada signboard unik aku berhenti.
Kalau ada gerai jual makanan aku berhenti.
Sepanjang jalan di kawasan Sg Besar,
banyak gerai menjual Mentarang.
Aku tak pernah dengar beb.
Lalu aku call sahabat jawaku orang Sg Besar.
" Jangan lupa cuba Mentarang Bakar! "
Aku pun berhenti disalah satu gerai ditepi jalan.
Nak beli yang belum masak boleh.
Tapi sempat ke nak bawak balik?
Jauh lagi perjalananku.
Jadi aku cuba yang dah siap dibakar.
Sepinggan dah RM 6.00.
Sekali rasa memang tak cukup.
Kena tambah sepinggan lagi.
Barulah dapat rasa keunikannya.
Rupa2nya seluruh Selangor bercuti hari itu.
Cuti Harijadi Sultan Selangor.
Padanlah kedai banyak tutup.
Dan jalan banyak kenderaan.
Sampai disatu simpang di kawasan Kuala Selangor.
Aku jumpa satu kemalangan maut.
Seorang penunggang motosikal dirempuh Pajero.
Masa pihak polis sibuk ambil gambar,
aku pun menyibuk jugak.
Aku dah sangat biasa dengan kematian.
Tetapi kematian seperti ini paling menyayat hati.
Semoga ahli keluarganya tabah menghadapinya.
Malam itu.
Aku bermalam di Kuala Selangor.
Tidur disatu hotel kepunyaan kerajaan negeri.
Lokasinya sangat jauh daripada bandar.
Katanya 3 bintang.
Tapi bila tengok bilik,
nak beri 2 bintang pun tak lalu.
Biasalah hotel2 kepunyaan kerajaan.
Semuanya biasa2 sahaja.
Aku malas nak komplen macam2 disini.
Satu aku nak ingatkan.
Jangan tinggalkan kasut diluar bilik.
Esok pagi pasti berterabur digigit dengan monyet.
Apa ada di Kuala Selangor?
Ada Bukit Melawati untuk didaki.
Ada kelip2 di Kampung Kuantan.
Ada Restoran Aroma Ikan Bakar di Jeram.
Tapi semuanya aku tak pergi.
Aku pergi jalan2 di Tesco sahaja.
Cari baju sekolah untuk anak2.
( Nak lepas gian anak2 sebenarnya.
Jalan2 kalau tak masuk tempat shopping memang tak sah )
Aku tak puas meneroka Kuala Selangor.
3 hari berhujan,
3 hari berpanas,
3 hari asyik kena air cond,
aku dah mula batuk dan selsema.
Semuanya jadi serba tak menjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads