Ahad, 15 Disember 2013

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Video Terkini! Rompakan <b>di Meru</b> Raya: Polis menembak mati 3 <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 06:35 AM PDT

Khamis, 10 Oktober 2013
Tiga perompak kedai emas mati ditembak

tembak di bandar meru jaya2

Laporan Kes Tembak Di Bandar Meru Raya Ipoh 10 Oktober 2013
Tiga perompak ditembak mati dihadapan Tanah Perkuburan Islam Meru Raya setelah cubaan mereka melarikan diri setelah merompak sebuah kedai emas di Bandar Meru Raya. Manakala seorang penjenayah berjaya meloloskan diri dari Proton Waja yang digunakan untuk merompak manakala tiga yang lain mati ditempat kejadian. Polis sedang giat memburu seorang lagi penjenayah yang terbabit. Difahamkan penjenayah tersebut merompak sebuah kedai emas di hadapan Mydin jelapang kira-kira pukul 10.40 pagi tadi sebelum berjaya ditembak 2 kilometer daripada kedai yang dirompak.
Published Thursday, October 10, 2013 By Melvister

Insiden Tembak di Meru Raya: Polis Buru Suspek Yang Bolos
Polis menembak mati tiga penjenayah yang cuba melarikan barang kemas RM 1.8 juta hasil rompakan kedai emas di Meru Raya, Jelapang pagi tadi.

Ketua Polis Perak , Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun berkata, seorang lagi perompak dapat meloloskan diri ke hutan berhampiran

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 pagi apabila empat suspek berkenaan merompak sebuah kedai emas berhampiran Mydin mengunakan sepucuk pistol dan dua tukul besi.

Katanya, suspek mengambil barang kemas bernilai RM1.8 juta dan melarikan diri mengunakan kenderaan jenis Proton Waja berwarna perak sebelum bertembung dengan anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan bulatan Meru Raya.

"Selepas bertembung, suspek memecut laju ke arah Simpang 3 berdekatan sehingga terbabas merempuh penghadang jalan.

Sejurus kemudian seorang lelaki India keluar daripada kenderaan terbabit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

Acryl Sani berkata,  polis terpaksa membalas tembakan dan berjaya menumpaskan tiga daripada mereka tempat kejadian manakala seorang lagi suspek melarikan diri ke hutan berhampiran.

Pihak polis bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi terdapat beberapa kesan tembakan pada kenderaan mereka.

Hasil siasatan awal, polis berjaya merampas sepucuk pistol jenis 7.62mm, tiga butir peluru hidup, sebilah parang, satu telefon bimbit, tujuh bekas dulang pameran, dua topeng ski mask dan emas hasil rompakkan berjumlah RM1.8 juta di dalam kereta suspek.

Selain itu polis juga menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama tiga butir peluru caliber 9mm di kebun kelapa sawit berhampiran, dipercayai kepunyaan perompak yang meloloskan diri.

"Hasil siasatan awal kami, tiada kad pengenalan yang dijumpai bersama si mati dan pihak kami sedang berusaha mengenal pasti identiti perompak-perompak ini,"

Pihak polis meminta orang awam atau klinik-klinik yang mendapati seorang lelaki India yang mengalami kecederaan akibat tembakan, menghubungi balai polis berhampiran.
PerakNews

ANGGOTA polis mengangkat salah satu daripada tiga penjenayah. FOTO Supian Ahmad/MyMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads