Jumaat, 13 Disember 2013

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


20 GRO warga asing ditahan <b>di Sekinchan</b>, Sallehen Mukhyi Di <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2013 04:51 AM PST

December 11, 2013   ·   17 Comments

sekinchan

Di mana Persuruhjaya Pas Sungai Besar dan Ahli Majlis PBT Sabak Bernam, Ustaz Hj. Sallehen Mukhyi? Sebelum ini beliaulah pejuang Islam, penegak moral di Selangor. Ketika Zaman Barisan Nasional mengehadkan pusat hiburan setakat 700 buah di bandar-bandar besar, beliau juga yang menghentam Dr Khir Toyo kerana tidak bertegas.

Hari ini ditakdirkan Allah memberi Pas memerintah dua penggal, bukan lagi 700 sudah 7000 pusat hiburan di Selangor. Yang seronoknya dulunya Sabak Bernam tidak pernah mada perkara sebegini, hari ini sudah jadi lumrah berkat kerjasama politik Sallehen Mukhyi dan ADUN Sekinchan Ng Sue Lim.

SABAK BERNAM 11 Dis. – Sebanyak 20 wanita warga asing yang dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Taman Perindustrian Sekinchan di sini awal pagi ini.

Serbuan dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kesemua wanita warga Vietnam berusia antara 19 hingga 35 tahun itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu bagi menarik pelanggan ke pusat hiburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, serbuan dibuat hasil maklumat orang ramai mengenai kegiatan premis tersebut yang dikatakan mengambil wanita asing untuk bekerja sebagai GRO.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita warga asing itu hanya memiliki pas lawatan sosial. Mereka bekerja secara haram di premis hiburan berkenaan sejak beberapa bulan lalu," katanya di sini hari ini.

Noor Mushar berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan pengurus pusat karaoke berkenaan yang berusia 43 tahun untuk siasatan lanjut selain mengambil keterangan kira-kira 20 pelanggan yang berada di premis tersebut ketika serbuan dilakukan. – UTUSAN ONLINE

By


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads