Selasa, 10 Disember 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Muktamar <b>di</b> Kota Permai <b>Shah Alam</b> - Harakah Daily

Posted: 16 Nov 2013 06:31 AM PST

Kota permai Shah Alam yang indah
Akan menyambut ribuan pengunjungnya
Untuk menyertai Muktamar PAS ke-59
Dalam dakapan udara segar dan nyaman
Bersama burung-burung di Taman Tasik
Menyambut ramah dan bertanya 'Apa khabar' semuanya.

Muktamirin datang dari seluruh pelosok tanah air
Untuk menyertai pertemuan besar
Meneruskan perjuangan masa lalu
Para mujahid dengan keringat dan air mata
Untuk meneruskan perjuangan Islam
Di tengah gelora politik yang mencabar

Aku terkenang Muktamar masa lalu
Di Pusat Tarbiyah Taman Melewar
Sederhana dalam suasana kampung
Kokok ayam dan nyanyian burung-burung
Mengukir sejarah perjuangan politik Islam di tanah air
Di bawah pimpinan nama-nama besar

Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa,
Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Hasan Shukri dan ramai lagi
Juga para pejuang di belakang tabir
Di meja pentadbiran PAS
Zubir, Taufik, Noriah, Anuar, Almarhum Syed Muhamad
Ustaz Rahim Saidin dan ramai lagi

Kini Muktamar di Shah Alam kota kosmopolitan
Bagai permata mahkota raja
Seri dan kilaunya memancar
Namun roh dan semangat Taman Melewar
Di bawa bersama oleh muktamirin
Kerana demikian harum semerbak baunya

Di Muktamar ini harapan dibina
Justeru ia bukan sekedar himpunan besar biasa
Tetapi untuk mengatur langkah perjuangan
Meneruskan perjalanan jauh dan sukar
Di depan duri di belakang api
Kita tidak boleh undur lagi

Perjuangan PAS seperti musafir
Mendaki dan menuruni bukit
Di kiri kanan belantara dengan binatang buasnya
Juga seperti mengharung padang pasir yang tandus
Tidak setitikpun bertemu air
Melainkan membawa bekalan sendiri

Para pendukung PAS
Sangat memahami getirnya perjuangan ini
Justeru PAS sudah berumur lebih 60 tahun
Sudah sekian lama diajar dari sirah Rasul
Mengenai istiqamah, sabar dan tabah
Kerana ia kemanisan sebuah perjuangan

Kota Shah Alam dengan tasik dan unggasnya
Langir biru dan Masjid Negerinya
Akan menyaksikan perjuangan ini
Salam kepada para muktamirin
Dan salam kepada Rakyat Selangor
Hiduplah PAS dan hiduplah Pakatan Rakyat.

Abd Shukur Harun
Subang Jaya

Homestay Murah <b>di Shah Alam</b> | Eyriqazz.com

Posted: 12 Nov 2013 05:58 PM PST

Tercari-cari homestay murah di Shah Alam? Menghadiri konvokesyen atau melawat anak-anak di Uitm Shah Alam? Kalau menginap di hotel, sah-sah kalau datang bersama keluarga yang ramai perlukan 2-3 bilik. Mahu cecah Rm400+ untuk 2-3 bilik menginap di hotel tersebut.

Homestay Suri Suite Shah Alam 75

Sebut pasal homestay ini, bulan lepas sempat saya menginap di Homestay Indah Suite di Shah Alam . Service Condo 4 bilik fully furnished yang agak selesa. Terletak di Seksyen 22 Shah Alam berhadapan dengan Kilang Gula CSR dan lebih kurang 1km ke KTM Batu Tiga Shah Alam. Lokasinya yang agak strategik yang berhampiran dengan exit utama memudahkan lagi perjalanan sekiranya menginap di sini.

Homestay Suri Suite Shah Alam 71

Pemandangan dari depan Indah Suite Homestay. Berhadapan dengan Kilang Gula CSR. Indah Suite terletak di tingkat 11 dengan kemudahan access card dan parking turut diberikan. Time saya pergi ini saya meminta 2 parking kerana datang bersama Bapa/mak Mertua dan anak buah dari kampung. Indah Suite ini masih lagi baru dan tempatnya agak selesa dengan "guarded" membuatkan hati lebih terasa selamat untuk menginap di sini.

Bilik Homestay Suri Suite Shah Alam 3-tile

Inilah bilik yang disediakan. 4 buah bilik kesemuanya. 2 katil Queen, 2 katil single. Master bedroom attach dengan toilet sekali. Dua bilik yang katil queen turut disediakan Aircond. Selain itu almari dan tikar sejadah turut diberikan. Sedikit cadangan dari saya, mungkin di satu 2 bilik, turut diletakkan arah kiblat. Senang pengunjung untuk menunaikan solat dan mencari arah kiblat.

Homestay Suri Suite Shah Alam 28

Suasana dari beranda di malam hari. Sampai sana sudah agak malam. Honestly, ini pengalaman pertama saya menginap di bilik yang mengadap jalan besar. Di tingkat 11, jadi langsung tidak merasa bising or deruan kereta lalu lalang.

page

Ruang tamu, tandas, kitchen dan bilik . Indah Suite ini tidak boleh memasak, namun ianya menyediakan peti sejuk bersaiz mini, microwave, kitchen kabinet dan meja makan untuk 6 orang. Di bawah dan area berdekatan ada kedai mamak, senangla kalau nak bungkus dan makan beramai-ramai di meja makan. Toiletnya turut disediakan water heater. Televisyen di ruang tamu dengan beberapa channel utama.

Ruang tamu Homestay Suri Suite Shah Alam 8-tile

Bukan main seronok lagi anak-anak dan anak buah dapat datang ke sini. Papa, besok kita pergi swimming pool ya? Ruang tamu agak selesa dan bersih, nampak ianya dijaga dengan elok.

Homestay Suri Suite Shah Alam 36-tile

Breakfast, kami bungkus aja dari kedai Mamak within walking distance dari homestay ini  dan makan bersama-sama. Lebih terasa keakraban . Azim sampai tertidur di ruang tamu . Owh ya, ruang tamu juga disediakan aircond. Memang santai dan rasa macam berada di rumah sendiri.

Homestay Suri Suite Shah Alam 2 parking

Kemudahan parking. Selesa dan parkingnya tidak jauh dari lif. Jadi takdela lenguh sangat berjalan ke lif kan?

Homestay Suri Suite Shah Alam 31

Ruangan beranda nya agak luas. Dari tingkat 11 nampak view swimming pool dan juga jalanraya di sebelah sana.

Homestay Suri Suite Shah Alam 65

Anak-anak dan anak buah sudah excited nak pergi swimming pool, playground. Jom la Papa pergi swimming pool . Anak buah dari Kelantan pun sama, seronok nak singgah swimming pool.

Homestay Suri Suite Shah Alam 54

Anak-anak dan anak buah di swimming pool utama. 1.2 meter. Sampai berkali-kali ajak naik, taknak naik-naik. Hehehe,biasalah ,budak-budak. Bukan setakat budak-budak, mak budak dan bapa budak pun suka berendam dalam swimming pool kan?

Homestay Suri Suite Shah Alam 60

Swimming Pool ala Jacuzi dan yang lebih rendah untuk kanak-kanak turut disediakan. Kalau tak silap ada 1 jacuzi dan 2 kolam kanak-kanak. Cuma, Jacuzinya time kami pergi tidak begitu panas airnya.

Homestay Suri Suite Shah Alam 86

Peace. Anak buah datang dari Kelantan. Inilah masanya untuk mereka enjoy mandi swimming Pool. Azim dan ALisya tak kurang juga. 2 malam menginap, 2 hari berturut-turut singgah di swimming pool.

Homestay Suri Suite Shah Alam 48

Satu part yang paling saya gemari adalah kemudahan gym yang betul-betul di hadapan swimming pool. Sampai bergym, santai melihat pemandangan swimming pool. Barula lebih teruja untuk bersenam selalu kan? Hehehe….

Homestay Suri Suite Shah Alam 78

Antara kemudahan yang disediakan di gym. Agak bersih dan selesa. Sayapun sempatla mencuba gym di sini. Memang layan.

Homestay Suri Suite Shah Alam 41

Kemudahan court dan playground untuk kanak-kanak. Bawa anak-anak, takdela mereka boring sangat.

Homestay Suri Suite Shah Alam 64

Tempat jemur baju di luar.

Owh ya, harga menginap di sini adalah RM300 sehari time weekend (Jumaat, Sabtu, dan Ahad) dan RM250 untuk weekdays (Isnin-Khamis). Selain itu, pihak homestay turut menyediakan kemudahan transport dari airport ke hotel (additional charge dikenakan) dan juga turut menyediakan perkhidmatan sewa kereta bagi penginap yang mahu menyewa kereta pada harga yang berpatutan.

Overall, saya sangat berpuas hati menginap di sini. Beberapa cadangan dari saya sepanjang menginap di sini :

1) Official website –> http://homestaybyka.com/ . Secara peribadi, saya merasakan website tersebut kurang user friendly. Informasi yang ingin diperolehi perlu pergi ke beberapa page dan paparan gambar homestay masih kurang menarik. Mungkin boleh gunakan khidmat website designer untuk revampkan website. Saya syorkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari Eizil.My

2) Di website di paparkan info berkenaan tarikh yang available/sudah dibooking orang. Jadi, senang untuk pengguna booking. Selain itu, ianya boleh createkan sense of urgency untuk booking masa yang masih available.

3) Harga – Homestay ini masih baru. Mungkin harga boleh dikaji semula. Apabila sudah semakin ramai yang menggunakan homestay ini, harga bolehla dinaikkan secara berperingkat. Pengunjung homestay normally agak price sensitif.

4) Promosi – Masih kurang promosi. Cadangan saya, engage more bloggers to create buzz dan anjurkan contest etc.

5) Perkakas Dapur – Secara peribadi, saya berharap dapat disediakan pinggan mangkuk plastik untuk anak-anak kecil. Risau juga bila anak-anak menggunakan pinggan kaca. Takut terjatuh dan pecah.

6) Cermin diletakkan di ruang tamu or bilik. Faham-fahamla kaum Isteri ni, time nak bermekap mesti cari cermin.

7) Tempat sidai baju – Peribadi saya merasakan agak tinggi. Risau juga bila naik kerusi takut2 terjatuh

8) Cadangan saya disediakan laundry bag (simple2 pun jadi) untuk diletakkan baju kotor, 3 in 1 nescafe, dan info kit berkenaan kedai-kedai makan terdekat, kedai runcit, dan lokasi menarik untuk dikunjungi di Shah Alam.

9) Feedback Form disediakan . Bolehla pengunjung memberikan feedback sepanjang menginap

10) Astro channel yang lebih pelbagai dan kemudahan Wifi. Myself, it is a must kalau nak menginap di hotel/homestay. Anak-anak pun skang ramai yang pakai gadget. Ini antara kelebihan yang boleh menarik pengunjung

Homestay Suri Suite Shah Alam 92

In Shaa Allah, kalau dimurahkan rezeki bolehla berkunjung lagi.

Homestay Suri Suite Shah Alam 69

Homestay Indah Suite
Kondominium Indah Alam
No. 4, Jalan Jubli Perak 22/1
Seksyen 22, 40400 Shah Alam
Selangor
Official Website : http://homestaybyka.com/
Untuk tempahan bolehla hubungi Farhan (0192012131) atau Khairul (0122830891)

Homestay Indah Suite Shah Alam saya singgahi
Harga berpatutan seronok sekali
Saya rekomenkan datang ke sini
Pengalaman menarik sudah semesti

P.s : Good news buat pembaca blog Eyriqazz.com , special price untuk pembaca :

Untuk info, pembaca2 eyriqazz Pihak Homestay akan bagi harga diskaun rm200 (weekday) and rm250 (weekend). Cuma perlu mention dapat info dari blog eyriqazz.

Satay Besar Sedap <b>di</b> Satay AK24, <b>Shah Alam</b> | My Selera

Posted: 01 Nov 2013 12:37 AM PDT

Kali ini kami dijemput untuk merasa dan membuat review Satay AK24 yang terletak di Restoran Bisik Bisik, Seksyen 7, Shah Alam. Agak hebat memandangkan selepas beberapa bulan beroperasi Satay AK24 telah pun berjaya membuka 3 cawangan  yang terletak di tiga lokasi iaitu Seksyen 24  Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam dan di Puchong Selangor.

Menurut pemilik Satay Ak24, Puan Zzett, satayyang di jual diperap menggunakan ramuan istimewa resepi rahsia ibunya termasuklah dengan kuah kacangnya. Di Satay AK24 bukan sahaja ada sate ayam dan daging malah satay kambing turut dijual di sini.

Sate Ayam AK 24 Seksyen 7

Sate Ayam Biasa : RM 0.80/cucuk

Sate Daging AK 24 Seksyen 7

Sate Daging : RM0.80/cucuk

Sate Kambing AK 24 Seksyen 7 2

Sate Kambing : RM1.00/cucuk

Terbaru, Satay AK24 memperkenalkan satay ayam yang lebih besar saiznya iaitu BIG Satay!!.  Saiznya memang lebih besar dari biasa. Kalau tak puas jugak tak tahulah. Setiap cucuk BIG Satay hanya berharga RM1.30.

big satay di Satay Ak24 restoran bisik bisik 2

Amacam? Besar tak??

Bagi peminat satay yang ingin mecuba BIG SATAY AK24 boleh singgah cawangan berdekatan iaitu Shah Alam ataupun di Puchong.

Pemilik Satay AK24 sendiri yang bakar Sate tau..

Pemilik Satay AK24 sendiri yang bakar Sate tau..

Satay AK24
- Restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7, Shah Alam. (Belakang UNISEL)
- Restoran Murjana Maju, Seksyen 24, Shah Alam
- Restoran SK Corner, Meranti Jaya, Puchong

No tel : 016-677 7653
Facebook : https://www.facebook.com/SatayAK24

Operation Hour: 10:00 am – 12:00 am

VN:F [1.9.22_1171]

Rating: 4.3/5 (6 votes cast)

Satay Besar Sedap di Satay AK24, Shah Alam, 4.3 out of 5 based on 6 ratings


Izz Khairi

Look, I love food. I love it. I love it. I love it. I'm probably happiest when I am in the process of eating


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads