Ahad, 22 Disember 2013

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Usrah Fitrah - Artis Tunai Ibadah Korban <b>di Sungai Buloh</b>

Posted: 17 Oct 2013 07:30 PM PDT

Usrah Fitrah - Artis Tunai Ibadah Korban di Sungai Buloh | Semalam, kumpulan gabungan artis dan penggiat seni tanah air yang menggelar diri mereka Usrah Fitrah telah pun menunaikan ibadah korban dengan kerjasama Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.
Ibadah korban kali ini merupakan kali kedua ia dilakukan kumpulan tersebut selepas pertama kali dilakukan tahun lalu di Bandar Baru Ampang dan membabitkan dua ekor lembu.
Menurut Yatt Hamzah, objektif ibadah ini jelas iaitu untuk berkorban sebahagian kecil daripada harta yang dimiliki ke jalan yang diredhai.
"Selain itu, melalui ibadah ini kita juga dapat membina hubungan baik antara artis dan masyarakat setempat," katanya kepada pihak akhbar.
Antara artis yang turut hadir termasuklah Aida Khalida, Heliza Helmi, Siti Nordiana, Salima Habibi dan Zoey Rahman.

Yatt Hamzah kini aktif dalam bidang perniagaan yang melibatkan pakaian muslimah menerusi laman fan page dan instagram beliau. Admin doakan yang terbaik buat Yatt Hamzah dunia dan akhirat.

Artikel Menarik

sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131017/hi_07/Artis-artis-tunai-ibadah-korban-di-Sungai-Buloh#ixzz2i0VdMG1n 
http://instagram.com/sucibyyatthamzah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads