ads

Jumaat, 20 Disember 2013

12 di sungai panjang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


K B B R I: Jalan alternatif Kasban - Rantau <b>Panjang</b> ditinggikan elak <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2013 05:11 PM PST

TUMPAT: Kerajaan berhasrat meninggikan jalan alternatif Kasban - Rantau Panjang di sini bagi mengelak limpahan air Sungai Golok daripada membanjiri beberapa perkampungan sekitar sempadan Malaysia - Thailand di kawasan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, cadangan tersebut masih lagi dalam peringkat kajian terperinci bagi melihat kesannya.
Beliau berkata, kerajaan sedang menyiapkan reka bentuk untuk meninggikan beberapa kawasan di sepanjang jalan tersebut yang dipercayai masih berada di paras rendah bagi mengelak limpahan air Sungai Golok setiap kali musim tengkujuh tiba.
"Selain bertindak sebagai batas tebatan banjir, jalan yang ditinggikan juga boleh berfungsi sebagai jalan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas meninjau tujuh kampung yang sering dinaiki air ketika musim banjir, di sini semalam.
Antara kampung tersebut adalah Kampung Bendang Pak Yong, Kampung Kubang Sawa, Kampung Kuala Jambu, Kampung Teluk Jering, Kampung Kajang Sebidang dan Kampung Simpangan.
Sementara itu, jurucakap Angkatan Tentera Malaysia berkata, sepasukan pegawai dan anggota daripada Batalion 2 Rejimen Sempadan telah ditugaskan untuk membantu pihak berkuasa dalam menguruskan perkara berkaitan banjir.
"Kita ada kekuatan yang cukup ditugaskan untuk menjaga, mengurus dan memberi bantuan kepada pihak berkuasa awam untuk jajahan Tumpat sebagai persediaan awal untuk menghadapi banjir ketika ini.
"Mengenai kawalan keselamatan pula, kita ada beberapa trup lain yang turut ditugaskan bersama Rejimen Sempadan untuk mengawal sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 8 Dis. 2013

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved