Selasa, 14 Januari 2014

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bandar sunway</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Dec 2013 07:11 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Bandar Sunway</b> perintis Kitar Semula Industri | faqar

Posted: 15 Oct 2013 09:01 PM PDT

MAJLiS Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengadakan interaksi dua hala dengan pemilik-pemilik premis perniagaan sekitar Bandar Sunway di Seberang Jaya ke arah merealisasikan projek perintis Kitar Semula Industri.
Ahli Majlis bagi MPSP, Amir Md. Ghazali berkata, projek perintis itu dimulakan peringkat industri selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) berjaya mewujudkan banyak program kitar semula membabitkan persatuan komuniti dan sekolah-sekolah sekitar Seberang Perai.
"Program Komuniti Mampan berjaya mendapat kerjasama daripada banyak persatuan penduduk. Begitu juga program Green School berjaya disertai banyak sekolah di Seberang Perai ini.
"Bandar Sunway ini dipilih sebagai projek perintis supaya kejayaan yang membabitkan pemilik-pemilik premis perniagaan di sini dapat diperluaskan di kawasan-kawasan komersial lain," ujar beliau dalam satu majlis interaksi di Perpustakaan Pulau Pinang di sini.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin menyempurna perasmian majlis, manakala, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MPSP, Ir. Rosnani Mahmod pula menyampaikan informasi mengenai kaedah pelaksanaan projek perintis tersebut.
Tiga Ahli Majlis MPSP lain, Tan Cheong Heng, Ahmad Tarmizi Abdullah dan Rezal Huzairi Md. Zaki turut hadir pada majlis interaktif tersebut.
Tambah Amir, projek perintis ini antara lain menumpu pada usaha mengurangkan hasil sisa pepejal, kebersihan kawasan komuniti perniagaan serta menggalakkan aktiviti kitar semula.
Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Seberang Jaya pula berkata, projek perintis Kitar Semula Industri jika berjaya di Bandar Sunway, sekaligus, dapat mengurangkan belanja hangus MPSP yang kini direkodkan mencecah 40 peratus dari belanjawan keseluruhan PBT tersebut.
"Untuk nak indah di sini (Bandar Sunway), perlu duit. Kita boleh ada sumber duit kalau kurang kos belanja sampah yang bernilai RM66 juta atau 40 peratus daripada bajet.
"Itu yang kita nak buat di Jalan Todak Bandar Sunway...saya yakin pemilik premis yang datang hari ini akan jadi pemangkin pada projek perintis ini," ujar Dr. Afif. 
Dalam perkembangan lain, Dr. Afif berkata, gaya hidup bersih lagi sihat di Bandar Sunway mampu mengelak insiden empat orang meninggal akibat termakan ayam basi dalam satu kenduri di negeri dari berulang di sini.
Insiatif terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen MPSP dan kepemimpinan Kerajaan Negeri ke arah merealisasikan kempen Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads