Jumaat, 24 Januari 2014

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Operasi bedah <b>di</b> Hosp <b>Sungai Buloh</b> tidak terjejas — KL-TODAY <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2014 07:06 AM PST

SUNGAI BULOH – Operasi pembedahan di Hospital Sungai Buloh tidak terjejas meskipun 12 dewan pembedahan utama hospital berkenaan terpaksa ditutup akibat satu kebakaran awal bulan ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr  S.Subramaniam berkata bagi menampung keperluan operasi pembedahan, pihak hospital memindahkan operasi ke enam dewan pembedahan harian yang mana tiga daripadanya berfungsi 24 jam manakala tiga lagi berfungsi 12 jam sehari.

"Mengikut data sejak 6 hingga 12 Januari, hospital itu telah menjalankan 127 kes pembedahan kecemasan dan 93 lagi membabitkan kes elektif dan semi. Ini lebih kurang sama dengan jumlah yang dikendali dalam keadaan biasa," katanya kepada pemberita selepas meninjau hospital berkenaan hari ini.

Beliau turut meminta media agar tidak menyiarkan laporan yang boleh menimbulkan suasana panik dalam kalangan rakyat, khususnya pesakit.

"Saya minta pihak media dalam keadaan macam ini, buat laporan secara bertanggungjawab… jangan buat apa-apa yang akan beri serangan panik kepada rakyat. Jangan buat perkara yang akan kurangkan keyakinan rakyat kepada taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini," katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris melaporkan bahawa terdapat keresahan dalam kalangan pegawai hospital Sungai Buloh ekoran kelewatan pihak pengurusan memperbaiki keadaan yang terjejas akibat insiden kebakaran itu.

Dr Subramaniam juga berkata kebakaran itu hanya menjejaskan dua dewan pembedahan utama di peringkat awal namun pihak hospital mengambil keputusan menutup sepuluh lagi dewan sebagai langkah keselamatan.

"Buat masa sekarang, kita dalam proses untuk perbaiki keadaan bilik-bilik, termasuk membuat pendawaian semula, selain menggantikan bateri yang terjejas.

"Walaupun hanya 64 bateri mengalami kerosakan akibat kebakaran itu, keputusan telahpun dibuat untuk menggantikan kesemua 128 bateri," katanya.

Beliau berkata kerja pembaikan bilik kawalan utama dijangka siap dalam tempoh sepuluh hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads