ads

Sabtu, 18 Januari 2014

12 di ulu yam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


Terkini ; Foto Operasi Menyelamat Mangsa Pesawat Cessna <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2014 06:08 PM PST


Tiga mangsa sebuah pesawat ringan jenis Cessna milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang dilaporkan hilang petang semalam dijumpai selamat kira-kira 3.45 pagi ini.

Ketiga-tiga mangsa, Saiful Farid Amin, 40; Syed Haidar, 25; dan Mohd. Saiful Zafiq, 25, dibawa keluar daripada kawasan nahas di Empangan Batu di Selayang di sini pada pukul 5 pagi ini.

Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang dekat sini untuk mendapat rawatan kecemasan.

Seramai 35 anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) ketiga-tiga mangsa nahas berkenaan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila pesawat berkenaan yang diterbangkan oleh Saiful Farid hilang kawalan apabila cuba mengelakkan seekor burung helang yang melintasi pesawat.

"Pesawat yang hilang kawalan tersebut kemudiannya merempuh pohon buluh dan terhempas," kata Othman pada sidang akhbar di lokasi berhampiran nahas pesawat..

Pesawat Cessna milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor itu dilaporkan berlepas dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan dilaporkan hilang pada pukul 5 petang di sekitar Batu Caves, semalam.





0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved