12 di kajang - Google Blog Search |
Penduduk harap Anwar selesaikan masalah trafik <b>di Kajang</b> <b>...</b> Posted: 29 Jan 2014 12:56 AM PST KAJANG 29 JAN: Pencalonan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang diterima baik rakyat setempat. Salah seorang penduduk berharap supaya Anwar dapat menyelesaikan kesesakan lalu lintas di kawasan itu yang beliau sifatkan sebagai 'lucu'. "Kepada Anwar, jika anda menang di Kajang nanti, tolong selesaikan masalah kesesakan trafik di Kajang. Untuk bandar macam ini, keadaan trafik di sini 'melucukan'," tulis penduduk tersebut yang merupakan rakan tweeter Anwar, hari ini.
Dalam 'keributan' isu pengosongan kerusi dan pencalonan Anwar di Kajang tidak menjejaskan sokongan ramai termasuk anak muda. Anak tempatan turut berbangga jika DUN itu diurus tadbir oleh Anwar. Malah mereka juga teruja untuk bertemu pimpinan harapan mereka itu dan berbesar hati mahu Anwar menang dalam PRK nanti. Berikut sebahagian reaksi rakyat Kajang terhadap pencalonan Anwar: "@ashroslan: @anwaribrahim Steady DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami org (orang) muda akan ttp (tetap) undi DSAI di Kajang. Full support for u! (Sokongan penuh untuk anda)". "@Apispippers: DS @anwaribrahim akan bertanding Dun Kajang! Bangga jadi orang Kajang". "@AWOKKKKKK: DS Anwar Ibrahim bertanding Dun Kajang. Harap DSAI mng (menang). Boleh lhh (lah) saya jumpa DS nanti". Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58742 |
You are subscribed to email updates from di kajang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan