Isnin, 17 Februari 2014

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


YB KA <b>Di</b> Sekolah Menengah Teknik <b>Sepang</b> @ KV <b>Sepang</b> Along <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 09:42 PM PST

Semalam sudah selamat melepaskan Along
Belajar hidup berdikari & buat semuanya sendiri
Rasa sedih & risau tu memanglah dah naluri seorang ibu kan
Tapi demi kejayaan & masa depan
Semua perasaan kena tolak tepi
Depan anak2 kena tunjukkan semangat & sokongan
Dan sentiasa beri kata2 dorongan & motivasi
Padahal dalam hati aduhai Allah swt je lah yang tau !
KA hantar Along bertemankan Angah & En Hubby
Adik tak nak ponteng sekolah so dia x ikut sekali
Sibuk cakap Adik confirm x rindu Along nanti
Sedangkan malam semalam dah sibuk2 dah Adik
Nak jenguk & visit Along weekend nanti
Gitulah sesama adik beradik kan...
Siap Adik bagi hadiah dompet buat Along lagi.. Adik, Adik !
Mengimbas cerita sebelum Along ke sini
Along memang berminat bidang2 teknikal ni
Jadi lepas aje habis trial PMR
KA terus mohon online kat sini
Dan tak lama kemudian mungkin rezeki Along 
Terima SMS dari pihak SMT Teknik Sepang untuk ujian bertulis & Temuduga
KA kongsikan di sini apa yang Along ceritakan sepanjang ujian
Untuk makluman semua yang mungkin ada anak2 yang berminat juga nanti
Seperti taklimat awal yang diberikan oleh Pengarah Sekolah ini
Pemilihan pelajar bukan saja berdasarkan pencapaian akademik
Bahkan aktif dalam aktiviti kokurikulum & punya sahsiah diri yang baik !
Cuma KA ingatkan kalau keputusan kita terlalu cemerlang
Contohnya 7A or 8A, kemungkinan besar kita takkan dipanggil
Kerana mereka punya peluang untuk pergi ke sekolah2 lain yang terbaik
Menurut Pengarah sekolah ini sahaja
Sekolah ini menerima lebih 2500 permohonan untuk kemasukan 2014
Dan pihak sekolah hanya memanggil lebih kurang 300 pelajar
Jadi pengambilan dibuat pada pelajar2 yang mendapat keputusan 6A 
Dan kebawah atau ditengah2
Dan pengambilan pelajar nanti hanyalah seramai 180 pelajar shj
Untuk 6 kursus yang ditawarkan disini untuk tahun 2014
Along dipanggil pada 8 JANUARI 2014..
Merangkumi beberapa matapelajaran teras
Contoh, BM, BI, Agama Islam & Matematik
Kalau x silap dalam 30 soalan dijawab dalam masa 1 jam
Ianya bergantung kepada kursus yang kita ambil
Dan siapa penemuduga kita
Along berhadapan dengan 4 orang penemuduga
Sedikit gementar tapi mencuba dengan sebaiknya
Along kata antara yang ditanya adalah
Mengapa kita memilih bidang teknikal
Dan soalan2 lain yang berkaitan
Serta soalan2 berbentuk pengetahuan am
Apa yang kita tau tentang bidang yang kita pilih itu
Kemudian ada UJIAN TAMBAHAN LAIN iaitu
Mula2 Ujian membaca Al_Quran
Kemudian diminta membaca Surah Al-Fatihah & Al-Ikhlas 
Juga bacaan Doa Qunut waktu Sembahyang Subuh ! 
 Jadi pada yang berminat , anak2 kenalah bersedia ya !
Menunggu keputusan itu satu penantian yang menyeksakan hehehe
But Alhamdulillah berkat doa semua
Along berjaya dalam pemilihan yang pertama itu
KA semak keputusannya di sini pada 13 JANUARI, 2014
Dan selamat mendaftar masuk semalam 20 JANUARI, 2014
Dan hari yang sama juga
Ada temuduga untuk 2nd intake ke sini.
Kenapa SMT Sepang @ KV Sepang??
Bila Along suarakan keinginan dia untuk sekolah teknik
KA dah mula google cari2 info
Satu nak cari SMT terbaik di Malaysia 
Dua, yang agak tidak terlalu jauh dari rumah
Dan ini adalah antara hasilnya, dari lebih 90 SMT & KV seluruh Malaysia
 So, ada 3 terbaik dalam ranking 10 yang terbaik
Serta berdekatan iaitu SMT Cheras, SMT Gombak & SMT Sepang
Dan bila tanya Along dia prefer ke SMT Sepang
KA dah jalan tengok2 sekitar sekolah ini 
Waktu Along ditemuduga hari tu
Dan juga cari cerita tentang sekolah ini di laman2 web & blog sana sini
Yelah sebagai persiapan kalau2 Along dapat belajar kat sini

Oh ya, SMT Sepang ini telah dinaik taraf ke Kolej Vokasional Sepang
Bermula pada tahun 2014 ni

 Jadi Along merupakan batch pertama pembelajaran menggunakan
Sistem pengajian 8 semester
Menurut Pengarah Sekolah ini
SMT Sepang menduduki ranking ke 5 terbaik
Antara sekolah2 teknik & Kolej Vokasional di Malaysia
Dan sebab itulah pemilihan kemasukan pelajarnya agak ketat
Bagi memastikan kecemerlangan sekolah berterusan Pelajar2 di sini memakai uniform korporat KV
Yang berwarna oren/biru serta berseluar & berkasut hitam
Selain baju2 khas untuk bengkel, sukan & asrama yang perlu disediakan
Cuma pada hari Jumaat saja berbaju melayu putih
Tetapi bersamping tenun khas KV Sepang ini
Kos kemasukan asrama/pembelian anggaran RM 500 ke RM 1000
Bergantung pada apa yang kita beli & jumlah pendapatan ibu bapa
Ini tak termasuk peralatan & keperluan lain yang perlu kita beli di luar sendiri
Untuk kegunaan dan kemasukan ke asrama nanti 
(Anyway, tq to my sister & my two brothers yang sudi jadi penaja,
sedikit sebanyak lega jugalah !) 

Apapun pada anak2 & semua yang berminat
Untuk masuk ke Sekolah Teknik mahupun ke Kolej Vokasional
Di masa2 akan datang
Kena rajin & bolehlah terjah tengok laman web www.moe.gov.my
Sekali lagi..
Tahniah pada anak2 yang turut sama mendaftar masuk bersama Along
And as usual, as a parent kita sentiasa doakan yang terbaik
Untuk anak2 kita kan !
Tapi yang paling kelakar bila Angah cerita macam ni
" Ummi tadi masa Ummi sibuk2 kat kaunter pendaftaran 
ada seorang Aunty tu tanya, yang duduk sebelah tadi tu YB kan ?
Bila Angah jawab "Bukan, yang itu, emak saya!" terus Aunty tu kata
" Ye ke, tapi memang seiras dengan YB lah, ingat YB yang datang tadi !"
KA tanya Angah balik " Tak tanya ke dia, YB kawasan mana? Ha Ha Ha !"
Oklah, Nanti ada cerita2 baru kat sekolah ni KA update lagi, In Sha Allah
Panjang dan meleret2 dah jadinya N3 ni HeHeHe..........

UPADATE:  Pengajian Along selama 4 tahun
2 tahun akan dapat SVM setaraf SPM
Mesti lulus dengan CGPA minimum 2.00 setakat ini
Dan sambung ke peringkat Diploma selama 2 tahun lagi
So 4 tahun with Diploma Vokasional Malaysia !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads