ads

Khamis, 27 Mac 2014

12 di balakong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di balakong - Google Blog Search


Kecoh <b>di Balakong</b> gara-gara rebut air? - PILIHANRAYA KINI

Posted: 20 Feb 2014 08:30 PM PST

Penduduk di Taman Impian Ehsan yang menderita akibat bekalan air yang terputus sejak hampir 2 minggu lalu mendakwa lori tangki milik Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) diceroboh.
Seorang penduduk Kui Ei Chin berkata 'cerita kedai kopi' itu mula tersebar secara meluas di kawasan perumahan mereka.
"Saya memang tahu ada orang cerita lori SYABAS kena 'kidnap' di bawah. Ini kerana sekarang semua orang mahu air, jangan cakap nak mandi, nak buang air pun kena tahan," katanya ketika ditemui Rakyat News semalam.
Tambah wanita awal 30an yang ditemani ibu Jamoi Piang, 75, krisis air seringkali menimpa penduduk terutamanya dikawasan berbukit namun ia tidak melibatkan tempoh yang panjang.
"Ini sudah hampir 2 minggu. Bila ada air ya SYABAS? Sila bagi jawapan," tegas beliau dengan nada kesal.
Tinjauan selama 4 jam Rakyat News di beberapa kawasan terlibat semalam mendapati penduduk kelihatan menderita akibat daripada musibah yang menimpa mereka. [ARTIKEL DI SINI]
Sementara itu seorang lagi penduduk Rajakumaran menyifatkan SYABAS gagal dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk Selangor.
"Sini saya sudah duduk hampir 7 tahun, ini kali pertama dan 11 hari yang teruk. SYABAS bagi dua buah lori sahaja untuk 1 taman, mana cukup. Ini kali SYABAS sangat teruk. Dari sudut parti politik kita tidak mahu cakap, sekarang masalah SYABAS tidak cukup lori dan perlu ditambah, sudahlah tangki kecil," katanya.
Manakala bagi seorang guru taska Ummi Salamah Ahmad Ghazali berkata pihaknya terpaksa meminta para ibubapa supaya dapat menyumbangkan bekalan air ketika menghantar anak mereka.
"Taska perlu banyak air dan terpaksa minta ibubapa bawakan," ujarnya.
Ummi yang juga guru kepada 30 orang pelajar itu memberitahu beliau terpaksa menghubungi rakan yang juga pengusaha lori persendirian supaya dapat menghantar bekalan air ke taska tersebut.
"Lori SYABAS, kadang-kadang jam 2 pagi, macam semalam jam 5 pagi baru mereka datang," katanya. - Rakyat News

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved