ads

Isnin, 31 Mac 2014

12 di jeram - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Gadai nyawa <b>di jeram</b> bahaya - The Borneo Post Online

Posted: 24 Mar 2014 04:19 PM PDT

by Watt Zacchaeus. Posted on March 25, 2014, Tuesday

BAHAYA: Beberapa penduduk menolak perahu mereka semasa melalui Wong Memaloh di Sungai Ngemah, Kanowit.

Laluan utama penduduk Sg Ngemah terjejas teruk akibat kemarau sejak dua bulan lepas

KANOWIT: Laluan utama penduduk Sungai Ngemah di sini yang tinggal di Nanga Jagau, Lubok Tanjong, Nanga Lakah dan Rantau Lugai terjejas teruk akibat musim kemarau yang berpanjangan sejak dua bulan lepas.

Berikutan itu, lebih 2,000 penduduk di kawasan tersebut tiada alternatif lain selain menggunakan pengangkutan sungai dengan perahu panjang melalui Sungai Ngemah untuk urusan harian mereka tanpa mengira musim sejak dahulu lagi.

Antara kesukaran yang dihadapi oleh penduduk pada waktu ini (musim kemarau) ialah keadaan sungai yang cetek, pokok tumbang melintang sungai dan keadaan jeram-jeram yang cetek dan amat bahaya sekali gus amat sukar dilalui.

Seorang juragan perahu panjang dari Rantau Lugai yang hanya ingin dikenali sebagai Nyangguh, 48, meluahkan rasa bimbangnya sekiranya berlaku kecemasan di rumah panjang tersebut yang akan mengambil masa lebih 10 jam untuk turun ke pekan Kanowit menaiki perahu panjang.

"Selain menarik perahu di setiap kawasan yang cetek sepanjang laluan, kami terpaksa menarik bot melalui beberapa jeram yang amat sukar dilalui dan amat bahaya kepada keselamatan kami," kata Nyangguh mengadu kepada Utusan Borneo baru-baru ini.

Antara jeram yang dilalui di sepanjang Sungai Ngemah ialah Wong Entekai, Wong Memaloh (terletak berhampiran Nanga Jagau), Wong Silau, Wong Tarik Ili, Wong Aris, Wong Tibang, Wong Empeliau dan banyak lagi.

Kesemua jeram ini amat sukar dilalui dan sangat bahaya kepada keselamatan pengguna Sungai Ngemah, tegasnya.

Apabila ditanya tentang masalah itu, seorang penduduk di sana yang hanya ingin dikenali sebagai Nyala, 75, menyatakan bahawa mereka biasa menghadapi masalah berkenaan sama ada pada musim kemarau yang berpanjangan mahupun banjir besar.

"Kami tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu mendoakan diri kami selamat setiap kali kami menaiki bot sepanjang perjalanan melalui jeram-jeram yang amat berbahaya kepada kami," katanya.

Menyentuh tentang pembangunan di kawasan itu, seorang penduduk iaitu Anchar Bantin, 56, menyatakan bahawa mereka tinggal jauh daripada arus pembangunan.

"Kami tercicir dari segi kemudahan jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air terawat dan pembangunan infrastruktur yang lain sejak dahulu lagi.

"Kami mahu jalan raya, kami mahu wakil rakyat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah kami.

"Kami juga mahu Ketua Menteri dan Perdana Menteri meninjau kawasan kami di Sungai Ngemah agar taraf kehidupan kami berubah daripada asalnya," kata seorang penduduk dari Nanga Lakah yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Perancangan membina Jalan Nanga Ngungun ke Nanga Jagau sepanjang lebih kurang 17 kilometer telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada lawatan beliau ke Nanga Tada pada 2010 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM8 juta.

Namun, sehingga kini isu tersebut tiada dibangkitkan lagi dan penduduk Ngemah amat mengharapkan agar kerajaan mempercepatkan pembina Jalan Nanga Ngungun/Nanga Jagau hingga ke Rantau Lugai.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved