ads

Isnin, 24 Mac 2014

12 di kajang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Dr Wan Azizah calon KEADILAN <b>di Kajang</b> | KeadilanDaily.com

Posted: 08 Mar 2014 10:39 PM PST

KAJANG, 9 MAC: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon bari bagi pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

IMG_2486Beliau akan menggantikan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hilang kelayakan untuk bertanding di kerusi itu selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.

Perkara itu dinyatakan Anwar dalam satu sidang media di Kajang, hari ini.

Dalam sidang media yang sama, Wan Azizah mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak terkesan dengan tekanan yang diberikan oleh Umno BN, susulan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Anwar.

"Saya berterima kasih atas kepercayaan dan amanah yang telah dipertanggungjwab kepada saya,"

"Saya akan membawa suara rakyat kerana saya mewakili rakyat biasa juga yang melihat ketidakadilan ini, saya ajak semua rakyat Malaysia bersama dengan beri satu mesej yang jelas (kepada Umno BN).

"Kita tidak boleh terus ditindas oleh ketidakadilan walaupun mereka nak jatuhkan, menguburkan niat kita untuk bawa malaysia yang lebih baik.

"Mari kita bersama, jangan berundur, kita teruskan perjuangan," katanya.

Sidang media tersebut turut dihadiri pengarah pilihanraya Pas, Dr Hatta Ramli dan penasihat DAP, Lim kit Siang.

Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan tarkh 11 Mac sebagai penamaan calon manakal 23 Mac depan sebagai tarikh pembuangan undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59977

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved