Sabtu, 15 Mac 2014

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


DUNIA ITU: Empat remaja rentung kereta terbakar <b>di Kapar</b>

Posted: 26 Feb 2014 06:24 PM PST

Foto NSTP


SHAH ALAM 27 Feb. - Empat remaja lelaki dilaporkan rentung selepas kereta mereka terbabas dan terbakar di hadapan Balai Polis Kapar, di Jalan Kapar, Klang awal pagi tadi.

Mereka dikenali sebagai Ang Chin Fu, 18, yang memandu kereta itu, Lee Boon Huat, 19, Chong Chee Seng, 19, dan Chew Yee Ying, 19, sementara penumpang hadapan Chai Chee Seng, 19, terselamat dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu.

Ketua Trafik Daerah Klang Utara, ASP Zawary Mahadi ketika dihubungi berkata, kereta mereka yang datang dari arah Bandar Baru Klang dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar tiang lampu isyarat.

"Kereta itu kemudiannya terbabas dan merempuh pula tembok di hadapan sebuah kedai pajak sebelum ia terbakar," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. - BERNAMA

27 Feb 2014

4 maut rempuh tembok

Klang: Empat lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok sebuah kedai emas di Batu 10 Jalan Kapar, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Kereta yang dinaiki kelima-lima mangsa yang datang dari Kapar ke Klang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar lampu isyarat di tengah laluan berkenaan.

Ketua Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kereta mangsa kemudiannya merempuh tembok kedai emas yang terletak bertentangan lampu isyarat berkenaan.

"Rempuhan menyebabkan kereta dinaiki mangsa terbakar.

"Empat daripada lima lelaki di dalamnya terbunuh manakala seorang lagi berjaya diselamatkan orang ramai dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa yang terbunuh sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.

myMetro 27 Feb 2014

4 sahabat terbunuh kereta langgar lampu isyarat

KLANG - Kegembiraan lima sahabat meluangkan masa bersama bagi meraikan seorang daripada mereka yang bakal memulakan kerja di Sarawak berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka maut selepas kereta dinaiki terbabas lalu melanggar lampu isyarat di hadapan Balai Polis Kapar di Batu 10, Jalan Kapar di sini pukul 3.30 pagi semalam.

Mereka yang maut ialah Ang Chin Fu, 18, yang dikatakan akan bekerja di Sarawak, Lee Boon Huat, 19, Chong Chee Seng, 21, dan Chew Yee Ying, 19.

Mangsa yang terselamat, Chai Chee Seng, 18, berjaya merangkak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi sebelum ia terbakar menyebabkan dia mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, kereta Perodua Myvi tersebut yang datang dari arah Klang menghala ke Kapar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar tiang lampu isyarat.

"Kereta itu kemudian terbabas dan merempuh pula tembok di hadapan sebuah kedai pajak gadai sebelum terbakar.

"Hanya seorang penumpang berjaya keluar dan diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo 28 Feb 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads