Kedatangan kami telah disambut oleh Haji Bani yang merupakan Pengetua di Rumah ini yang lebih dikenali sebagai Abah di kalangan anak anak seramai 52 orang yang berumur antara 7 hingga 17 tahun di sini. Berada di sini memberikan saya keinsafan, betapa bersyukurnya saya kerana dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibubapa dan keluarga. Walaupun dibesarkan dalam serba sederhana, tetapi kasih sayang mereka adalah tidak ternilai harganya. Bimbingan dan tunjuk ajar kedua ibubapa sangat sangat saya hargai. Berkat didikan merekalah, saya berada seperti hari ini. Saya juga diajar mengaji oleh arwah bapa sendiri.
Di kala usia seperti ini, saya memang mencari peluang untuk mendekati golongan yang tidak bernasib baik seperti anak anak yatim dan anak anak orang miskin sebagai sebahagian dari sumbangan dan amal bakti. Bak kata Ustaz Ibrahim, perbanyakkan lah amalan soleh yang pahalanya berkekalan selepas mati di kala umur kita yang berbaki sedikit sahaja lagi ini. Insya Allah, ini adalah azam saya untuk meningkatkan amalan soleh dan sedekah jariah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan