Ahad, 23 Mac 2014

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Aktiviti Mengecam Burung <b>Di Kuala Kubu</b> Bharu | Birdwatching Activity

Posted: 19 Mar 2014 11:13 PM PDT


Aktiviti Mengecam Burung Di Kuala Kubu Bharu | Birdwatching Activity | Pada 8 Mac 2014, kami Sahabat Media telah bertolak ke Kuala Kubu Bharu untuk menyertai satu lagi program sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Program ini dipanggil Aktiviti Mengecam Burung atau "Birdwatching Activity". Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor bagi mempromosikan dan memperkenalkan kawasan penghijrahan burung-burung dari luar negara dan juga tempatan.
Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu ialah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di atas puncak bukit. Ia ialah ibu daerah Hulu Selangor. Di kalangan penduduknya, Kuala Kubu Bharu juga dikenali dengan singkatan KKB.

Kuala Kubu Baharu semakin dikenali sebagai pusat tumpuan berbagai spesis burung liar yang unik dimana kebanyakannya jarang ditemui ditempat-tempat lain dan juga spesis burung-burung dari negara jiran yang berhijrah dan singgah mengikut musim tertentu.

Kewujudan berbagai jenis spesis burung tempatan yang unik serta kehadiran burung-burung dari negara lain sebagai lokasi persinggahan mengikut musim-musim tertentu dilihat mampu menarik ramai pelancong ke Daerah Hulu Selangor khususnya Kuala kubu Baharu.

Aktiviti Pengecaman Burung Hari Pertama - Sabtu (petang)
Sampai di Kuala Kubu Bharu, kami berehat sebentar di Rumah Rehat Kuala Kubu Bahru. Di sini kami dihidangkan dengan makanan tengah hari dan diikuti penerangan ringkas oleh Puan Azlina Mokhtar Perancang Bandar, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
Selesai sesi penerangan, kami dibawa ke kawasan yang dikatakan tumpuan burung-burung tempatan dan burung-burung yang berhijrah iaitu di Taman Millenium.
Memandangkan cuaca yang agak panas tetapi berjerebu, burung-burung ini agak malu-malu untuk kelihatan di khalayak ramai. Kami terpaksa menggunakan teropong untuk meneliti burung-burung ini. Bila nampak burung tersebut, kami akan meneliti spesisnya berdasarkan buku spesis burung yang dipinjamkan oleh pihak MDHS. Memang agak mencabar tidak seperti burung-burung yang agak jinak dan terkurung di taman burung. Di situ la keunikan aktiviti pengecaman burung ni.
Aktiviti Pengecaman Burung Hari Kedua - Ahad (pagi)

Hari kedua, Ahad pagi sekali lagi kami pergi ke Taman Millenium untuk melihat burung. Harapan kami masa ni lebih banyak burung yang dapat dilihat. Ini kerana petang semalam agak kecewa kerana tidak banyak burung yang kelihatan.Kali ni, kami menyusuri lebih dalam lagi laluan hutan dan di temani oleh seorang pakar burung iaitu Mr Doraisamy. Beliau sangat mahir mengecam burung. hanya melalui bunyi sahaja beliau sudah mengetahui spesis burung tersebut. hebat kan.



Berkat kesabaran dan berjalan menyusuri dalam hutan, akhirnya banyak juga burung yang berjaya kami jumpa. Ada dia antaranya burung-burung yang biasa ditemui dan ada juga yang sukar ditemui. Yeahhh, akhirnya tercapai hajat kami. Berikut antara spesis burung yang kami temui :
  1. Black Crowned Night Heron
  2. Black Naped Oriole
  3. Common Iora
  4. Common Chiffchaff
  5. Common Myna
  6. Asian Glossy Starling
  7. Blue Tailed Bee eater
  8. Black Headed Bulbul
  9. Stripe Throated Bulbul
  10. Yellow-browed Bulbul
  11. Yellow Vented Bulbul
  12. Barn Swallow
  13. Oriental Magpie Robin (Murai)
  14. Paddyfield Pipit
  15. Cattle Egret
  16. Pink-Necked Green Pigeon
Berikut pula antara gambar-gambar burung yang berjaya ditangkap pada pagi ahad :
 


Bagi gambar-gambar burung yang lebih menarik, boleh tengok di blog www.silenceblog.com. Satu kepuasan bila dapat melihat burung -burung ini terbang bebas dan hinggap di pokok-pokok secara semulajadi.

Wings Of KKB 2014

Selain itu, peminat-peminat burung juga berpeluang untuk menyertai Wings Of  KKB 2014 yang dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor pada bulan April ini. Banyak aktiviti menarik seperti birding workshop, bird race, bird photography dan kawasan yang terlibat dikatakan hanya terhad semasa acara ini berlangsung sahaja. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor seperti tertera di bawah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads