Rabu, 12 Mac 2014

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


kerajaan <b>selangor</b> bakal bina sebuah pusat latihan - Omak Kau!!!!

Posted: 18 Feb 2014 06:38 AM PST

Dr Ahmad Yunus Hairi Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan yang juga ADUN Sijangkang, bersama-sama dengan ADUN Kota Anggerik YB Yaakob Sapari hari ini telah melakukan  lawatan sambil meninjau sebuah jeti terbiar dan terbengkalai sebelum tahun 2008 lagi yang terletak di Kuala Selangor kini telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat latihan kenu kerana terdapatnya sebuah muara di sungai berkenaan yang amat sesuai untuk sukan kenu.

YB Dr Ahmad Yunus Hairi bersetuju agar jeti berkenaan di naik taraf agar ianya dapat dijadikan Pusat Kenu untuk memberi peluang kepada anak-anak muda, para belia, pelajar-pelajar sekolah dan para mahasiswa/i universiti untuk menjalani latihan.

YB Yaakob Sapari juga merupakan Presiden Persatuan Kenu Selangor berkata " dengan adanya pusat latihan kenu ini nanti, maka menjadi hasrat dan impiannya mau melihat lahirnya para atlit sukan kenu yang berwibawa untuk diketengahkan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa" ...

Selain dari itu Selangor mensasarkan sekurang-kurangnya 5 pingat emas untuk sukan kenu pada SUKMA akan datang kata beliau lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads