ads

Sabtu, 22 Mac 2014

12 di morib - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


Hanya Yang Indah Aje: Lepak <b>Di Morib</b>

Posted: 17 Mar 2014 10:00 PM PDT

Ahad lepas 9.3 kami bercuti ke Morib
Nas booked Rumah Peranginan Persekutuan, macam biasa la :)
Tak silap aku RM50 je semalam.
Kami amik 3 hari 2 malam asalnya.
Ahad sampai Selasa la kan
Lepas tu tup2 Nas kata dia ada seminar kat PJ pulak
Jadi, kami decided balik Isnin malam la dah alang2 amik 2 malam kan

Rumah Peranginan style rumah kayu
Sejuk je kawasan sekitarnya
Ada 2 jenis rumah, kecik dan besar
2 rumah bersambung di bahagian beranda.
2 bilik, setiap bilik ada 2 katil bujang
Ada dapur untuk memasak siap kelengkapan memasak macam periuk, kuali, sabun pinggan, pinggan mangkuk, sudu garfu, periuk nasi, sudip pisau segala.
Peti ais pun disediakan dan yang penting peti ais tidak berbau dan memang bersih sangat.
Aku memang puas hati dengan servis kat sini
Kira 2 kali rumah kecik keluasan dia.
Kalau rumah kecik tu berkembar kan jadi 2 rumah bersambung di beranda
Tapi rumah besar ni tak de berkembar
Sepanjang rumah kecil berkembar tu la besarnya rumah die
Ada 4 bilik, 1 master bedroom, 3 bilik ada 2 katil bujang
Dapur dia berkotak pulak cam bilik kecil 
Tapi kawasan sekitar macam bahagian penyediaan masakan luas sungguh
Kiranya ketika memasak je la dalam kawasan berkotak tu
Kat dapur dan ruang tengah
Parking kereta yang selesa untuk apa jenis kenderaan pun
Setiap rumah ada parking khas

Lengkap dengan meja makan
2 bilik tidur, setiap bilik ada 2 katil bujang

Disediakan juga kawasan untuk berBBQ
Memang selesa dan bersih 

Keadaan dalam rumah besar
Sesuai untuk yang datang dengan keluarga yang ramai
Kami pernah menginap di rumah besar sekali je
Masa tu dengan famili belah mama
Mama sekeluarga, Mak Na sekeluarga, keluarga adik ipar Mak Na dan kami laki bini
Masa tu kami baru 2 minggu jadi suami isteri
Rumah ni berhadapan dengan pantai
Bila air laut surut jauuuuuuuhhhhh sangat nampak laut tu
Seronok la main2 pasir dengan si bujang ni
Petang Ahad tu memang ramai orang
Ada yang main layang-layang
Kutip kepah, ketam segala mak nenek yang ada dalam pasir tu
Haaaa....kat sini ada banyak belangkas tau
Ramai gak duk kutip belangkas tepi pantai ni
Malam tu kami just kuar cari makan je la
Tapau je tomyam campur, daging paprik, dan sup ekor.
Masakan Alhamdulillah, memang kene dengan selera.
Hari Isnin pun tak de ke mana-mana
Juz duk lepak je depan tv
Kami sampai Morib masa hari ke-2 kehilangan MH370
Jadi hanya mengadap Astro Awani je la menunggu perkembangan kes tersebut
Tengah hari sikit kuar cari lauk untuk lunch pulak
Tengah mencari kedai makan, Nas singgah pulak kedai kerepek
Sebelum ni memang pernah pergi kedai kerepek ni
Memang banyak pilihan kerepek 
Dan antara tarikan utamanya adalah jelly kelapa
Nas suka sangat jelly kelapa kedai kerepek sini
Murah pun murah, RM1 je sebekas
Isi kelapa pun boleh tahan banyak
Selain tu Nas beli rempeyek berempah 2 paket, biskut kapit sepeket dan cucur meneram 1 paket
Bab lauk pulak kami terbeli kat kedai yang salah
Kira langkah kiri la kami ari tu
Lauk kurang sedap la tapi tang ayam goreng berempah tu agak sedap dari lauk2 lain yang aku beli
Aku beli paru sambal, daging kari, dan daging kering goreng bawang
Cari lauk dekat pukul 3, memang la tak banyak choice dah
Petang tu baru la kuar ke pantai macam petang Ahad tu
Bezanya petang isnin xde orang macam hari Ahad
Maklumlah hari orang bekerja kan.


Bola ni memang kami akan bawak ke mana-mana sahaja kami pergi
Balik umah atuk dan opah wajib bawak
Ikut Nas kursus pun bawak
Lepak kat ofis Nas pun bawak jugakkkk
Asal kuar rumah je mesti bawak la bola dia ni
Dia sangat2 suka main bola

 tapi REDHA je la maknya tanamkan kaki dia 
Merayu-rayu kat abah suh tolong dia

Penat dan bosan nunggu mak kambus pasir tu
Sambil tu tengok kapal terbang duk melintas kat atas tu
Dia pun maa...maa...tuuu....uuuuummmmm....
Konon bunyi kapal terbang
Lama-lama dia pulak over dari mak paknya
Sibuk duk baling2 pasir bagai kan
Restoran mama betul2 kat laluan kapal terbang
Sebab dekat je dengan KLIA.
Tu yang dia suka sangat tengok kapal terbang
Siap buat  bunyi enjin, macam2 bunyi
Bunyi harimau pun balun sekali
Setiap 10 minit mesti kapal terbang lalu dan masih terbang rendah la
Sebab kami nampak jelas kapal terbang tu
Malam tu pukul 9 lebih kami dah siap2 nak balik dah
Sampai rumah dalam pukul 12 lebih macam tu
Bawak kete pun rileks ja, tak de rushing nak kejar apa pun
Walaupun bercuti bertiga je tapi tetap seronok sebab ada kualiti time dengan suami dan anak.
Asalnya Nas nak rehatkan badan sebab 2 3 minggu ni dia banyak stress dengan kerjanya
Tetiba dia kata Isnin dan Selasa depan abang amik cuti, kita gi holiday
Nak rehat otak, letih sangat la
In shaa Allah bulan 5 nak pegi lagi
Dah booking tapi tengok planning kita macam mana

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved