ads

Ahad, 16 Mac 2014

12 di rawang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


Khir Khalid: Suasana Jerebu <b>Di</b> Bandar Tasik Puteri, <b>Rawang</b>

Posted: 14 Mar 2014 05:51 PM PDT

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera
Permasalahan jerebu adalah salah satu ujian yang sedang menimpa negara kita pada waktu kini. Telah banyak perkongsian yang aku lihat tentang suasana jerebu yang melanda dari lensa sahabat-sahabat blogger di alam maya. Sememangnya situasi jerebu ini agak kritikal di kebanyakan tempat dan kawasan.
Pada sekitar jam 4 petang hari Jumaat (14/3/14), aku juga berkesempatan bersiar-siar dan merakam beberapa gambar suasana jerebu di kawasan Bandar Tasik Puteri di Rawang untuk dikongsikan bersama. Sekurang-kurangnya dapat juga aku abadikan gambar-gambar ini buat tatapan penduduk-penduduk di sekitar kawasan kejiranan Bandar Tasik Puteri (BTP) ini.
Jomlah… kita layan gambar-gambar yang tak seberapa ni…
Semoga Allah turunkan hujan dan menamatkan ujian ini. Ampunkanlah dosa-dosa kami sama ada yang nyata mahupun tersembunyi... Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun dan yang Maha Mengasihani...
Semoga Engkau permudahkan juga segala usaha pencarian MH370 dan kurniakanlah ketabahan kepada ahli keluarga mangsa dalam menghadapi situasi yang sukar ini... 
Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izin mu ya Allah... aamiin, aamiin ya Rabbal alamiin.
Salam Hormat, Salam Berkat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved