Rabu, 5 Mac 2014

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Jadual Pengagihan Air <b>Di</b> Kawasan Hulu Langat, Kuala Langat Dan <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2014 05:55 AM PST

Jadual Pengagihan Air Di Kawasan Hulu Langat, Kuala Langat Dan Sepang. Susulan daripada keadaan bekalan air yang terputus disebabkan penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sejak 28 Januari 2014 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meluluskan Pelan Pengagihan Air Berjadual dilaksanakan di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Pengagihan Air Berjadual tersebut dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Tempoh Perlaksanaan Pelan Pengagihan Air Berjadual

Bermula pada 27 Februari 2014 (Khamis) hingga 31 Mac 2014 (Isnin).
Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh Kerajaan Negeri

Zon Wilayah Kuala Langat dan Sepang

Jadual Pengagihan Air Di Kawasan Hulu Langat, Kuala Langat Dan Sepang
Untuk maklumat dan keterangan yang lebih lanjut, boleh dapatkannya di pautan INI

(VIDEO) Rossi, Pedrosa sama laju <b>di Sepang</b> | TV Sukan

Posted: 01 Mar 2014 11:07 AM PST

Kuala Lumpur: Valentino Rossi yang mewakili Yamaha Factory Racing dan Dani Pedrosa (Repsol Honda) menamatkan ujian MotoGP di Sepang dengan catatan masa sepusingan yang sama 159.999 ketika persiapan untuk musim 2014 di Malaysia berterusan.

Dalam pada itu, selepas tamat ujian semalam, Ducati Team mengesahkan keputusan mereka untuk menyertai kelas terbuka pada 2014, sekali gus bermakna mereka akan menggunakan perisian elektronik standard dan akan mendapat manfaat daripada peruntukan enjin yang dibenarkan menerusi peraturan baru.

Bagaimanapun catatan Rossi dan Pedrosa semalam 0.466s lebih perlahan daripada masa dicatatkan juara dunia Marc Marquez sebelum ini.

Dia tidak mengambil ujian semalam kerana cedera.

The Doctor menunjukkan kelajuannya sekali lagi semalam ketika bersedia untuk bersaing dalam kempen kelas perdana itu buat kali ke-15 apabila melakar masa terpantas pada pusingan ke-13, meskipun terpaksa berhempas pulas dengan tayar 2014 seperti mana dialami pasukan Yamaha.

Penunggang terpantas kelmarin, Dani Pedrosa turut mempamerkan kehebatan dengan catatan paling laju hadir pada pusingan ke-47 daripada 50 ketika suhu di trek mula menurun sedikit daripada kemuncak 64 darjah Celsius pada jam 4 petang.

Pedrosa melakukan simulasi mengagumkan 19 pusingan di sebelah petang dengan setiap pusingan di bawah 202.000s.

Catatan terbaiknya 2'00.985 hadir pada pusingan ke-15.

Bagaimanapun kekecewaan Jorge Lorenzo yang berada di tempat ketujuh berterusan apabila 0.75s lebih perlahan daripada ujian sebelum ini.

– ketika keadaan trek lebih baik dan penunggang masih mempunyai akses kepada tayar tahun lalu.

Ducati GP14 menunjukkan tanda-tanda kebangkitan dengan Andrea Dovizioso menamatkan ujian itu 0.068s di tempat ketiga, dengan catatan 0.3s lebih baik daripada di Sepang.

Berikutan data yang dia dan rakan sepasukan Ducati kumpul, pasukan Itali itu membuat keputusan untuk bersaing dalam kelas terbuka musim ini.

Via: Rossi, Pedrosa sama laju di Sepang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads