ads

Selasa, 8 April 2014

12 di bangi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Parking <b>di</b> luar kawasan KTM <b>bangi</b> akan <b>di</b> saman??

Posted: 03 Apr 2014 07:01 AM PDT

Eloknya bagi notis dulu lah seminggu ke, lepas tu start operasi saman....

Seharusnya masing-masing telah tau dan faham tentang undang-undang jalan raya sebab dah melalui ujian undang-undang jalan raya (Lesen L) dan menghadiri kursus (kelayakan mengambil lesen selepas tahun 1990). Patutnya tak perlu notis lagi.

Namun begitu, maklumat juga boleh didapati dengan mudah di laman web PDRM & JPJ.. saya kongsikan..

http://www.rmp.gov.my/Mobile_site/trafik-jenis-saman.html

Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM

1. Notis Saman POL. 170A

    Saman yang di-isu samada secara postal atau diletak pada kenderaan (tidak di-isu secara langsung kepada pesalah)

Apa Itu POL.170A?

    Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.

    1.1 Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-

        1.1.1 Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas -Sek. 79 (2) APJ 1987
        1.1.2 Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya - Sek.16(1) LN 166/59
        1.1.3 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan - Sek. 16(2) LN 166/59
        1.1.4 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan - Sek. 16(2) LN 166/59
        1.1.5 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan aliran trafik di jalan sehala. - Sek. 16(3) LN 166/59
        1.1.6 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang atau selekoh jalan. - Sek.12 (2) LN 166/59
        1.1.7 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(2) LN 166/59
        1.1.8 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(3) LN 166/59
        1.1.9 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, satu garisan bersambung dan satu garisan putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
        1.1.10 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan, satu bersambung dan satu putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
        1.1.11 Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut undang-undang/tidak mudah dicam/tidak disuarkan mengikut peruntukkan undang-undang. - Sek. 14(4) APJ 1987
        1.1.12 Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. Sek. 20(1) APJ 1987
        1.1.13 Salinan pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan atau ditempat duduk bagi motosikal.

2. Saman POL. 257

    Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.

Apakah Itu Saman POL. 257

    2.1 POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-
        2.1.1 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna jalanraya yang ada bersama-sama pada masa kesalahan itu dilakukan
        2.1.2 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.
        2.1.3 Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari pengeluaran Notis POL.170A/170/171

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved