ads

Khamis, 3 April 2014

12 di jeram - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Makan malam <b>di</b> Aroma Ikan Bakar <b>Jeram</b>, Kuala Selangor

Posted: 23 Mar 2014 10:46 PM PDT

Cerita dah basi tapi tak pelah, dari terperap dalam hp baiklah kita cite kat sini kan, memandangkan bulan Mac dah nak melabuhkan tirai, baru ada 4 entry je. huhu.. sadis betul. salahkan hormon ye :-p
Minggu lepas, 15hb Mac, hari sabtu, kami menyambut ulang tahun kelahiran yg ke 33 kak long ku. actually besday dia 13 mac. lajak ke belakang sikit nak makan besar sama2.. mama dan ayah turun klang. so hari sabtu tu ramai2 lah berkumpul di Klang. Nak makan di Aroma Ikan Bakar Jeram kat kuala selangor. Ni first time aku sampai sini. selalu duk dengar orang cerita je kan. dari klang dalam sejam lebih la. kami bertolak petang dalam pukul 6.. tapi dah siap booking la..
Sesampai je, elok timing azan maghrib. ada surau disediakan di sana.. nasib booking okey, kalau tak, silalah berdiri tunggu orang habis makan.. ramai kot orang hari tu padahal tengah bulan. huhu.. kami dapat view yang cantik sebab memang abang long booking cakap nak view cantik. hehe. tapi tak dapat menikmati view cantik tu sebab dah gelap. kebetulan petang tu hujan, lagi cepatlah langit gelap..
Kami order tomyam, butter prawn, chilli crab, kupang masak cili, sotong celup tepung dan nasi. air fresh oren 3 jug.. budak2 lah happening habis. ada pulak orang menjual kat situ. atok pulak melayan je belikan pistol la. memang memekak. siap main lawan2 dengan meja sebelah. riuh kat kawasan tu malam tu. tak larat nak marah dah. huhu.. Okey, jom tengok gambar :-)
having our dinner.. tq ayah belanja makan :-)

butter prawn.. jaring2 telur dia kurang. tapi oklah..

kupang cili.. banyak nak mam... sedap jugak

ketam cili. ni pun sedap. bawa balik makan esoknya, bertambah sedap :-)



sotong celup tepung. oklah.


danish bersama ayah long dan maklong

birthday girl with cake from mak ida :-)

adik2 ku, danish dan mama
tuan punya blog dan anak.. 

aroma ikan bakar jeram. bukti kami dah sampai. hehe
Overall food semua oklah.. penantian tak delah lama sangat.. tapi sebab lauknya banyak sangat, macam dah tak tentu arah nak makan yang mana satu.. bila esoknya makan lebihan ketam tu, baru terasa kesedapannya.. hehe.. kami balik bertiga tinggalkan aqil yang nak tido rumah mak longnya. buat kali kedua dia tido tanpa ibu.. nasib baik boleh tido. tu pun terkebil2 nak tido. tido dengan tok ma baru ok.. hai lah aqil, camanalah kalau ibu tak de nanti.. semua nak dengan ibu ye walau pun ibu dia garang macam singa.. huhu.. 
Keesokkannya, hari ahad, kami ditinggalkan lagi oleh sang bapa yang berbengkel selama 4 hari 3 malam. tapi adalah adik aku teman. so lepas ni no more outstation la ye cik abe. sebab dah hujung2 ni memang perlukan banyak bantuan rohani dan jasmani. huhu
eh, lari topik pulak. ok.. lepas ni boleh lah datang lagi kalau ada orang ajak. jauh juga kalau datang semata2 nak makan kan.. tapi oklah. harga ku rasakan mahal sikit may be amik banyak kot... sebab bila baca blog orang lain regenya macam murah2 je.. tapi bolehlah dah nama seafood kan, belasah je lah. sekali sekala.. ada rezeki lebih kami belanja ayah dan mama pulak ye :-) 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved