ads

Ahad, 6 April 2014

12 di jeram - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jeram</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2014 07:45 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dua pelajar UiTM Machang mati <b>di Jeram</b> Linang

Posted: 24 Jan 2014 09:55 PM PST

Gambar Hiasan Carian Google

Gambar Hiasan Carian Google

MACHANG – Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang ditemui mati lemas ketika berkelah di pusat peranginan Jeram Linang di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Zulkifli Osman berkata, mayat Wan Khairul Arifin Abdullah, 19 dan Ahmad Izzad Zakaria, 19 ditemui jam 8.36 malam tadi, tidak jauh dari mereka mandi.

"Khairul yang berasal dari Kampung Durian Rendang, Ketereh dan Ahmad Izzad berasal dari Kampung Atas Banggol, Kota Baharu, berkelah di situ bersama rakan-rakannya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kawasan perkelahan itu terletak kira-kira lima kilometer dari Kampus UiTM itu dan sering menjadi lokasi pelajar kampus berkenaan berkelah terutama pada hujung minggu.

Zulkifli berkata kedua-dua mayat pelajar terbabit ditemui 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Machang dengan dibantu Unit Skuba Kota Bharu selepas operasi mencari mangsa dilancarkan sebaik menerima panggilan pada jam 6.55 petang, semalam.

Katanya kejadian itu dikatakan berlaku apabila seorang daripada mangsa cuba membantu rakannya yang lemas namun kedua-duanya tenggelam dalam arus sungai yang deras dengan kedalaman melebihi lima meter.

Beliau berkata kawasan berkenaan sememangnya merbahaya kepada mereka yang suka mandi-manda dan pihak berkuasa telah memasang papan amaran, namun ramai masih tidak mengendahkannya.

Zulkifli berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mereka untuk dikebumikan. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved