Isnin, 14 April 2014

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Bersiar-siar <b>di</b> Bukit Melawati <b>Kuala Selangor</b> - azmanisma.com

Posted: 09 Apr 2014 07:17 PM PDT

Bersiar-siar di Bukit Melawati Kuala Selangor

Masjid Kuala Selangor

 Sekali sekala pergi berjalan tempat orang best juga. Tak pernah terlintas pun nak pergi Kuala Selangor, bukan tempat tu tak best, tapi tak pernah ada urusan sebelah sana ( jangan kecik hati orang K. Selangor).

Tapi kalau orang ajak, memang laju jer ikut. Dengar kata sebelah atas banyak sawah padi, dan banyak homestay ala kampung kat sana. Mungkin satu masa nanti boleh pergi belah Sabak Bernam, Sekinchan dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Kami sampai di Kuala Selangor dah dekat nak Zohor, sampai sana, terus menuju ke kedai makan ala kampung ( restoran Bagan), pekena ikan keli bakar dan anak-anak makan nasi ayam. Boleh tahan sedap ikan keli bakar makcik tu. Lepas sholat Zohor, bersiap-siap nak naik Bukit Melawati. Tak pernah naik, tapi pernah baca sejarah Bukit Melawati ni. Bacalah kat bawah tu yer.

ppapan tanda bukit melawati

Untuk naik ke atas bukit, ada trem disediakan, bayaran rm 5.00 untuk dewasa dan rm 3.00 untuk kanak-kanak. Kalau rajin, boleh jalan kaki, tapi berpeluh ketiak baru sampai atas. Sampai atas bukit, ada tempat tengok anak bulan ( balai cerap) . Kemudian ada deretan meriam belanda yang menghala ke laut.

Meriam Belanda

Agak banyak juga meriam Belanda, lupa nak kira sebab masa tu terasa hujan menitik atas kepala, so cepat-cepat naik ke muzium. Berhampiran Muzium terdapat Rumah Api yang berusia lebih 100 tahun.

Dalam Muzium tu, banyak artifak sejarah Negeri Selangor. Salah satunya meriam Melayu buatan tangan ( RETAKA) . Orang Melayu dulu dah pandai main meriam, hanya penjajah jer kata bangsa Melayu dulu hanya guna tombak dan keris sebab mereka tak suka mempamerkan kehebatan orang Melayu dulu-dulu.

Kalau tengok meriam yang cop V.O.C tu sakit hati dibuatnya. Merekalah yang memadamkan sejarah Kota Melaka. Hingga sekarang meriam tersebut mereka tinggal sebagai salah satu tanda mereka pernah jajah Tanah Melayu.

Meriam Melayu buatan tangan ( Retaka)

Retaka

alat pemadam api

Alat pemadam api beroda jenis buih ini diimport dari United Kindom. Alat ini telah digunakan di Ibu Pejabat Polis seluruh Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1940 hingga 1950.

rumah api kuala selangor

Rumah Api yang terletak di atas Bukit Melawati dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg. Bersempena dengan nama Gabenor General Belanda yang memerintah Kota Malawati.

Ia merupakan lambang Kuala Selangor yang masih teguh dan berfungsi sehingga kini untuk menjadi panduan kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka sama ada dari arah Utara atau Selatan. Lampu dari rumah api ini akan dipasang dari jam 7.00 malam sehingga 6.00 pagi setiap hari. Dibina pada tahun 1907.

Kalau nak diikutkan, banyak lagi tempat menarik di sini, tetapi sebab leka dengan Lotong, kami terus berjalan kaki hingga sampai ke tempat kami naik trem tadi. Ada lagi tempat menarik seperti Batu Hampar, Busut Malawati, Kota Malawati, Makam Di Raja, Meriam Penggawa, Perigi Beracun dan Air Terjun.

Rugi sebab terlepas pandang tempat tu. Ada rezeki boleh singgah lagi kalau masa mengizinkan. Balik dari Kuala Selangor kami singgah Cendol Bakar………tunggu entry seterusnya.

10 Apr 2014 by:

Tentang Penulis: azman

Every man gotta right to decide his own destiny!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads