ads

Jumaat, 18 April 2014

12 di morib - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


PERCUTIAN <b>DI</b> GOLD COAST <b>MORIB</b> (YG TAK BERAPA BEST!)

Posted: 15 Apr 2014 01:28 AM PDT

Haaa..tajuk dah klear termaktub di situ "Tak berapa best". So I expect u alls bleh lah cancelkan siap2 booking hotel tu. Seriusly, I mmg tak nak recommend u alls pergi bercuti kt sana. Except kalau nk suka suki gi main water park dia, then its ok lah. Kesian pulak anak2 (as a mother, I paham sangat pe'el anak2 ni...)

Oklah, nak tau apa yg  best & tak best kat so-called Gold Coast malaysia tuh? Jom, teruskan membaca.

Ok, cuti sekolah hari tu kami mmg balik kampung. Memasing ambik cuti sampai 3 hari. Tapi balik kampung duduk terperuk dalam rumah sahaja. Sepenuh masa I tell u..sebab cuaca kt Perlis was sangat2 panas! Gudbye segala angan2 nk shopping ikan kering, belacan, beras pulut, periuk belanga semua....Mmg rasa regret, buang masa, buang cuti dan segala2nya lah. Anak2 pun memasing muka tak puas hati saja. Maka, sebagai ibu bapa yg berhemah, kami memasang niat utk menggantikan cuti itu dengan sesuatu yg disukai mereka....

Tapi kami ini last minute punya plan. Hari Isnin lepas, Amet SMS me suruh booking any hotel nearby yg ada pool. Bila I search, mostly dh penuh. Then he suggested Gold Coast ni lah. The reason is sbb ia dekat (because we are just going on weekend & nak balik cepat siapkan baju sekolah) & yg penting ada water theme park (yg mmg the kids suka sangat). Ok, dengan syarat2 itu, I pun booking lah via Agoda.com. The thing is bila last2 saat mcm tu, yg tinggal hanya lah bilik2 yg stok mahal. Tapi sbb nak sangat tergedik2 semua nk pergi, so ambik jugaklah 2 rooms apartment tu... Okeh, harga is RM520+ which is berbaloi IF facilities semua elok.... But in this case....

1. UNDER CONSTRUCTION
Ketika kami sampai di pintu masuk lagi, dah nampak projek under construction. So dh rasa tak selesa. Sakit mata kot nmpak pemandangan gitu. Kami mai nk bercuti, bukan nk bekerja. Dah start rasa x best dah...

2. NO TELEPHONE
Okeh dh check in, masuk bilik bukak kipas a/cond blabla...then nk tanya arah kiblat. Cari telefon. Eh? Mana telefon? Telefonnn....oooo....telefonn.... Memang tak ada!!!

3. SINKI KOTOR
Sinki kat toilet tidak dibersihkan dengan ikhlas. Taktau housekeeping staff tu x dibayar gaji kot. Mogok.

4. LIF ROSAK!
Nih mmg hangin. Dah la time tu kami baru balik dari mandi manda. Dengan semua keletihan. Nk kena panjat tingkat 3 oi! Dengan daku dukung baby gemok gedempon lagi ni hoi! Maka semua membebel-bebel hingaq ja naik tangga.

5. LALUAN KE WATER THEME PARK MELALUI LOBBY
Pelik lagi pelik. Ntah arkitek dia tak lulus ujian ke hapa. ada ke aluan utk ke water park tu harus lah melalui llobby yg kononnya agak indah tu. Time nak pi takpa, time nak balik? Dengan baju basah lencun? Dengan selipar penuh ayaq? Ok, staf kau rajin sangat? Tenkiu!

6. RUANG BUFFET YG SEMPIT
Huiyooo.... hangin hangin..nak ambik makanan mcm mangsa perang! Tidak le daku nk kutuk mangsa tu, tapi di sini kita hidup aman bahagia kenapa harus jadi begitu? Dengan pinggan habis, sudu  cuci tak berapa bersih...aiyakkk!!! Makanan mmg banyak tapi tempat crowded, sempit, oksigen pun tak sempat renew! 

7. CUSTOMER SERVICE YG HAMPEH!
Hah, bab ni nasib baik Amet jek yg pi check-in check-out. kalau daku yg pi, tobat dah staff customer service dia resign time tu jugak kot. Dengan resit apa pun x bagi. Malas gila bertugas! Daku rasa kalau sesapa nk cuba nasib, pi la cakap je saya dh boking tp x bwk bla2 dh byr etc. Sure dpt bilik percuma!

8. LALUAN PARKING TIADA ARAH TUJUAN
Laluan parking utk blok kami yg agak belakang tu mmg hampeh. Takde laluan sebenarnya. Lantak kaulah nak langgar kereta org ke hapa.

9. TOILETTERIES SUPPLY YG SANGAT CIPUT!
Okeh bilik yg kami ambik tu ialah apartment 2 bilik, means utk 4 adults minimum. Toiletteries yg dia bagi - shmapoo, sabun dll semuanya serba satu. Kalau mcm tu, jgn kata 4 adults, 4 anak dara daku tu pun tak cukup mandi gayanya. Cuba lah...oiiii!!!! Guna otak!!! Pikir!!! Aiiii geramnyaaa....
Okeh, kotak tisu dia kecik nk mam***. And kotak sikat dia-kosong!

10. PEMANDANGAN YG MENYAKITKAN MATA
Mmg takde pemandangan indah langsung kt situ. Ditambah pulak dgn bangunan x siap, pasir bertimbun. Dah, cukup cukup sudah.... Enufff is enufff!!!

Thats it. batalkan tempahan kamu semua sekarang!!!

Apa pun layan je lah gambar2 kenangan kami ni....

Ok, mereka mula buat water gymnastic!

Ada nampak siapa yg terlebih over kat situ? Hehehe

 Zuzu & Yaya release tension buat homework habis-habisan.

 Okay... ayah jaga Nini dulu, ibu berenang2. lepas tu ibu berenang, ayah jaga Nini. Ehh??? Hahaha

Till then. Goodbye. Hope not to come here anymore....

*Update : hari ini I telah menghantar email complaints kepada director dia. Tunggu dia punya response.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved