Jumaat, 11 April 2014

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Majlis Perasmian Pasar Raya Besar Mydin Dan Mydin Mall <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2014 05:04 AM PDT

Pada 31 Mac 2014 yang lalu, Sherrina telah dijemput menghadiri majlis perasmian Pasar Raya Besar Mydin dan Mydin Mall Semenyih yang terletak di Kajang, Selangor. Sherrina bertolak dari rumah seawal jam 7 pagi bersama rakan blogger Qaseh Su untuk mengurangkan risiko terperangkap dalam kesesakan lalulintas di pagi Isnin.Kami tiba jam 8.30 pagi dimana majlis perasmian bermula jam 9 pagi.

Mydin Semenyih1 Mydin Semenyih2

Majlis perasmian telah disempurnakan sendiri oleh Tuan Mydin Mohamed selaku pengasas dan pengerusi Mydin Mohamed Holdings Berhad. Turut mengiringi beliau ialah isterinya Puan Rowshan, anaknya Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Bin Mydin yang merupakan Pengarah Urusan MYDIN, barisan Ahli Lembaga Pengarah MYDIN dan tetamu-tetamu VIP yang lain.

Mydin Semenyih7

Setelah selesai majlis perasmian, kesemua hadirin dibawa naik ke Pasar Raya Besar Mydin yang terletak di tingkat satu Mydin Mall. Ianya berkeluasan 43,000 kaki persegi. Luasssssssss. Selesa untuk membeli-belah. Mydin melaburkan wang sebanyak RM22.5 juta untuk membinanya.

Mydin Semenyih8

Tuan Mydin Mohamed merasmikan Pasar Raya Besar Borong Mydin yang ke – 14

Mydin Semenyih9

Mydin Semenyih10 Mydin Semenyih11

Alhamdulillah, kami media blogger telah dihadiahkan baucer bernilai RM50 ini untuk merasai pengalaman pertama membeli-belah di Mydin Semenyih ini. Jom lihat gambar-gambar dibawah dimana  Sherrina meronda sekeliling Mydin Semenyih untuk melihat suasana disekitarnya.

Secara keseluruhan, Sherrina berpuas hati dapat peluang merasai pengalaman membeli-belah di Mydin Semenyih ini. Petugasnya ramai dan sangat membantu, kaunter banyak dan cekap, pilihan barang yang sangat banyak pada harga yang sangat berpatutan dan ruang yang luas untuk menolak troli dan membuat pilihan. Bukan sahaja terdapat barangan kering, pilihan produk segar yang sangat banyak dan ada juga makanan panas dijual. Selain itu, kemudahan tandas dan surau yang amat bersih disediakan untuk pengunjung.

Kepada penduduk Semenyih dan Kajang, ayuh segera ke Mydin Semenyih yang terletak di Taman Anggerik Perdana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads