ads

Selasa, 6 Mei 2014

12 di dengkil - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


Memang Sedap Ikan Bakar <b>di</b> Restoran Tasik Idaman, <b>Dengkil</b>

Posted: 03 May 2014 06:53 PM PDT

Semalam kami pi makan malam kat Restoran Tasik Idaman. Ianya terletak di Lot 44A, Jalan Idaman B4/B9, Jalan Jenderam, Dengkil, Selangor. Kalau nak tahu lanjut boleh call Nur Fateha (012-333 7963) ataupun hunting line (012-677 5632) or Puan Rasidah (012-691 4799).
Boleh pilih nak makan kat tempat yang terapung or atas darat. Perlu diingatkan, kalau makan tempat yang terapung ni, saya pening sikit. Macam terhuyung-hayang especially bila ada orang berjalan-jalan kat sini.
Kami sampai lebih kurang kul 6.30 petang. Cantik juga pemandangan di kawasan tasik ni.
Jom kita tengok menu.
Nasi jenis yang goreng-goreng pun ada. Tapi defeat the purpose le kot makan masakan macam ni kat sini.
Harga air memang berpatutan. Pilihlah yang panas or sejuk.
Kiranya harga standard le air kat sini.
Ikan siakap, anybody?
Ikan kerapu pun ada tapi secara keseluruhan tak banyak jenis ikan or makanan laut kat sini.
Ni senarai harga sebagai contoh ikan jenahak RM7.00 untuk 100 gram or RM70 untuk sekilo. Ianya memang mahal jika dibandingkan dengan tempat lain. Sebagai contoh kat Aroma, Kuala Selangor baru RM45 sekilo.
Ikan pari RM45 sekilo. By the way, ikan kat sini semuanya besar, rasanya melebihi sekilo kot kecuali ikan pari. Since kami makan berdua, anak-anak tak makan ikan so ambil le ikan pari.
Ni Afiqah punya ABC @RM3.00.
Ni pun untuk Afiqah juga paprik ayam RM5.50. Memang dia enjoy betul makan paprik, sedap juga tapi sedikit masin, saya bagi rating 7.8 out of 10.
Kailan not bad @RM5.00. 
Ni sotong goreng @RM7.00 kira makan untuk sorang. Memang sedap dan ranggup, memenuhi citarasi kami. Tak macam sesetengah tempat yang macam cekodok. Ni memang tepun garing dan nipis. Saya bagi rating 8.1 out of 10.
Ikan pari bakar memang tengok aja menaikkan selera @RM23. Lebih kurang setengah kilo le. Memang dimasak dengan baik dan sambalnya memang perfect. Saya bagi rating untuk pari ni 8.4 out of 10. 
Dicicah pula dengan kicap memang sungguh menyelerakan. 
Nak tahu lebih lanjut boleh call le ya nombor kat kad ni. Bagi yang pernah makan apa kata bagi komen sikit.

Semua sekali dengan nasi tiga pinggan, burger, air tembikai, ABC, teh O ais teh O limau dan masakan  kat atas tu adalah RM57.

Sayang sekali ikan kat sini besar-besar, kalau tak boleh juga cuba.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved